Skip to main content

Hiburan

Pelanggan ‘Complain’ Staf Restauran Ajak Shiro Tak Friendly, Ini Respons Tuan Badan - “Boleh Tak Lepas Ini Bagi Saya…”

Ajak Shiro

Sekilas

  • Seorang pelanggan mengadu pekerja di kedai makan milik pelawak Ajak Shiro di Kuantan bersikap tidak mesra dan tidak senyum ketika melayani pelanggan.
  • Aduan tersebut mendapat perhatian Ajak yang mengakui menerima banyak komen serupa dari cawangan Kuantan.
  • Pelawak itu meminta pelanggan memberikan nama atau gambar pekerja yang bermasalah supaya tindakan dapat diambil.

Seorang individu menerusi platform Threads, tampil membuat aduan mengenai pekerja di kedai makan milik pelawak Ajak Shiro di cawangan Kuantan, Pahang. 

 

Individu tersebut mendakwa pekerja di kedai makan tersebut bersikap tidak mesra pelanggan dan sentiasa dalam keadaan tidak senyum. 

 

“Pergi makan dekat Bumbu Babah branch dekat dengan UTC Kuantan, tapi staf sangat tak friendly. Dah la kita ini puasa. Sekurang-kurangnya senyum la. 

 

“Ini muka ketat saja memanjang. Faham F&B ini tough tapi anda yang memilih kerja itu, jadi buatlah betul-betul,” tulis individu tersebut. 

 

Menyedari aduan tersebut, Ajak mengakui dia terima banyak aduan dari cawangan Kuantan mengatakan staf bersikap tidak mesra. 

 

Bagaimanapun pelawak itu tidak dapat mengambil sebarang tindakan memandangkan tiada nama atau foto staf yang bersikap demikian. 

 

“Salam Puan… Ajak banyak dah dapat complain outlet Kuantan ni staf kerek. Tapi masalah saya, saya tak boleh nak cari siapa staf yang buat tu.

 

“Boleh tak lepas ini, bagi saya nama dia atau ambil saja gambar supaya Ajak boleh selesai masalah ni,” jawabnya. 

 

Sumber - Threads

Anda mungkin berminat dengan

𝗧𝗔𝗦𝗕𝗜𝗛 𝗗𝗜𝗚𝗜𝗧𝗔𝗟 LCD Finger Counter Random Color Mini Handheld Electronic

𝗧𝗔𝗦𝗕𝗜𝗛 𝗗𝗜𝗚𝗜𝗧𝗔𝗟 LCD Finger Counter Random Color Mini Handheld Electronic

Rendang Nyet Berapi Khairul Aming (Buy 5 FREE 1)

Rendang Nyet Berapi Khairul Aming (Buy 5 FREE 1)

POP MART CRYBABY Pendant

POP MART CRYBABY Pendant

Ajwa Vip Almadinah Kurma Jumbo Dates

Ajwa Vip Almadinah Kurma Jumbo Dates

Medicube Toner Pad Set

Medicube Toner Pad Set

Must-Watch Video

Advertisement