Skip to main content

Hiburan

Pelanggan Dakwa Makanan Di Restauran ‘Indah Khabar Daripada Rupa’, Ini Respons Sheila Rusly - “Alhamdulillah Kalau Tak Sedap…”

ASTROGEMPAK Sheila (1)

Sekilas

  • Seorang pelanggan berkongsi pengalaman pertama makan di restoran milik Sheila Rusly yang tidak memenuhi citarasa seperti yang dijangka.
  • Sheila Rusly membalas komen tersebut dengan memahami perbezaan selera pelanggan dan memohon maaf atas kekurangan restoran.
  • Sheila juga mendapat pujian netizen kerana menjawab kritikan dengan tenang dan positif di media sosial.
Advertisement

Seorang individu berkongsi pengalaman pertamanya makan di restauran milik penerbit dan pelakon Sheila Rusly yang didakwa ‘indah daripada rupa’. 

 

Advertisement

Menerusi hantaran individu berkenaan di Threads, dia berasakan makanan di restauran tersebut tidak kena dengan tekaknya. 

 

“Sajalah nak sokong kedai artis sebab tengok dalam gambar kemain terliur macam sedap saja… sekali dah rasa hm biasa je nyah 😂 first and last lah makan sini maybe tak kena kat tekak kami kot,” tulis individu tersebut. 

 

Sheila menerusi ruang komen di hantaran berkenaan bagaimanapun memahami bukan mudah untuk memuaskan tekak semua pelanggan yang mempunyai cita rasa berbeza. 

 

Ibu mentua kepada pelakon Elisya Sandha ini turut mengucapkan terima kasih kepada individu tersebut  dan memohon maaf atas kekurangan dari restaurannya. 

 

“Alhamdulillah kalau tak sedap di tekak awak, sis faham bukan senang nak puaskan tekak semua customers. 

 

“Apa-apa pun terima kasih datang support. Maaf kalau ada kekurangan dari @siangmalamsheilarusly nanti kita improve ya,” tulisnya dengan meletakkan emoji ‘love’. 

 

Dalam pada itu, Sheila turut membalas salah satu komen netizen yang memuji tindakannya menjawab kritikan dengan tenang. 

 

“Mulakan hari kita dengan kata-kata yang indah yang boleh buat semua org tersenyum… InsyaAllah kita akan lebih tenang… cuba tau,” balasnya. 

 

Sumber - Threads

Anda mungkin berminat dengan

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Must Watch Video

Advertisement