Skip to main content

Hiburan

Pelawak Dikecam Ludah Muka Pempengaruh Sewaktu Siaran Podcast

LUDAH

Pelawak Indra Frimawan dikecam netizen selepas aksinya meludah pempengaruh Fajar Sadboy sewaktu lelaki itu menjadi tetamu dalam podcast Close the Door pada 6 Februari lalu.

Indra dilihat meludah muka Fajar sewaktu soalan yang ditanyakan sengaja tidak dijawab dengan tepat oleh pempengaruh yang terkenal dengan jawapan-jawapan yang di luar ‘kotak’.

Insiden tersebut berlaku pada minit ke-45 siaran podcast yang turut dihadiri Deddy Corbuzier.

Melihat isu tersebut menjadi bualan hangat, Fajar akhirnya bersuara. Dia mengaku tindakan Fajar sebagai satu bentuk lawak.

“Dia hanya melawak. Indra kan seorang pelawak, saya juga,” kata Fajar saat muncul dalam siaran langsung Instagram Amanda Manopo seperti dilaporkan Celebrity Okezone.

Fajar atau nama sebenarnya Fajar Labatjo itu juga menegaskan baik Indra mahupun Deddy tidak membulinya.

“Mereka baik dengan saya,” katanya lagi.

Meski demikian, ramai yang menyifatkan tindakan Indra sebagai biadab dan tidak wajar dilakukan meski mereka kenal satu sama lain.

Malah ada yang berasa tindakan Indra sebagai satu cara membuli orang lain dengan menggunakan tiket sebagai gurauan daripada pelawak.

Anda mungkin berminat dengan

HABIB Songket Collection

HABIB Songket Collection

POH KONG 999.9 Pure Yellow Gold 1/4 Dinar

POH KONG 999.9 Pure Yellow Gold 1/4 Dinar

SHEGLAM Glowchi Bouncy Highlighter

SHEGLAM Glowchi Bouncy Highlighter

ATLAS G5 HD Screen Macaron Handheld Game Console Mini Arcade 500 Game Charging Portable Game Players Game Box

ATLAS G5 HD Screen Macaron Handheld Game Console Mini Arcade 500 Game Charging Portable Game Players Game Box

Corolla Soft New Shoes

Corolla Soft New Shoes

Must-Watch Video

Advertisement