Skip to main content

Selebriti

Pelik Ramai ‘Triggered’ & Salah Faham Isu Duit, Azeva Pertahan A.Aida - “Ingat Kalau Ada Laki Offer RM10 Juta, Saya Nak Ke…”

Pelik Ramai ‘Triggered’ & Salah Faham Isu Duit, Azeva Pertahan A.Aida - “Ingat Kalau Ada Laki Offer RM10 Juta, Saya Nak Ke…”

Sekilas

  • Azeva Natassha menjelaskan kenyataan ibunya, Datuk A.Aida, mengenai RM10 juta sebenarnya bermaksud wanita perlu berdikari dan tidak bergantung kepada lelaki.
  • A.Aida menegaskan wanita harus berusaha membina kestabilan kewangan sendiri tanpa mengharapkan wang daripada orang lain.
  • A.Aida juga menetapkan standard tinggi kepada lelaki yang ingin mendekati Azeva, supaya mereka mampu memberikan sesuatu yang lebih baik.
Advertisement

Penyanyi dan pengacara, Azeva Natassha tampil memperbetulkan salah faham dalam kalangan netizen berhubung kenyataan ibunya, penerbit terkenal Datuk A.Aida yang menyentuh mengenai jumlah RM10 juta.

Menerusi perkongsian di platform Threads, Azeva menjelaskan bahawa kenyataan tersebut sebenarnya mempunyai maksud tersirat dan tidak seharusnya dipertikaikan.

Advertisement

Menurut Azeva, ibunya hanya sekadar mahu menyampaikan mesej bahawa seorang wanita perlu mempunyai kewangan sendiri dan tidak bergantung kepada lelaki.

“Ramainya trigged dengan RM10 Juta. Adoi, tak tahu ke tu maksud tersirat mama?

“Ingat kalau ada laki offer saya RM10 juta, saya nak ke kat dia? Baik saya cari RM10 juta sendiri,” tulisnya.

Dalam pada itu, A.Aida juga turut tampil menjelaskan maksud sebenar di sebalik kenyataannya selepas melihat reaksi netizen terhadap perkara tersebut.

Membalas hantaran Threads Azeva, A.Aida berkata nilai wang yang besar bukan alasan untuk seseorang wanita bergantung kepada lelaki.

Sebaliknya, dia berpendapat wanita perlu berusaha membina kestabilan sendiri supaya tidak terlalu bergantung kepada pihak lain.

“Ya betul… Itulah maksud saya yang sebenarnya. Kalau RM10 juta pun tak ada terima coz perempuan kena cari duit sendiri tak boleh nak harap duit orang,” jelasnya.

Terdahulu, A.Aida mendedahkan ramai lelaki mula cuba mendekati Azeva selepas namanya semakin dikenali dalam industri hiburan.

A.Aida meletakkan satu standard buat mana-mana lelaki yang ingin mendekati Azeva, di mana individu tersebut perlu mampu memberikan sesuatu yang lebih baik daripada apa yang sudah diberikan olehnya.

Anda mungkin berminat dengan

Grace and Glow Daisy Hair Vitamin Mist - Hair Perfume Serum Volumizing Spray Anti Rambut Kusut with Keratin

Grace and Glow Daisy Hair Vitamin Mist - Hair Perfume Serum Volumizing Spray Anti Rambut Kusut with Keratin

Luxurious Extra Hold Hair Spray 100ml 420ml (For West Malaysia Only) Travel Mini Hair Spray

Luxurious Extra Hold Hair Spray 100ml 420ml (For West Malaysia Only) Travel Mini Hair Spray

Must Watch Video

Advertisement