Skip to main content

Hiburan

Pemandu Teksi Tiba-Tiba Pengsan Ketika Memandu, 4 Penumpang Cemas Cuba Kawal Stereng

Pemandu Teksi Tiba-Tiba Pengsan Ketika Memandu, 4 Penumpang Cemas Cuba Kawal Stereng

Sekilas

  • Empat penumpang teksi di Hong Kong alami detik cemas apabila pemandu tiba-tiba tidak sedarkan diri semasa memandu di lebuh raya.
  • Penumpang cuba sedarkan pemandu dan seorang wanita berjaya mengawal stereng sebelum teksi berhenti selepas bergesel dengan pembahagi jalan.
  • Pemandu berusia 66 tahun dikejarkan ke hospital dalam keadaan kritikal manakala penumpang selamat tanpa kecederaan.
Advertisement

Empat orang penumpang sebuah teksi berdepan detik cemas selepas pemandu mereka tiba-tiba tidak sedarkan diri ketika memandu kenderaan tersebut di lebuh raya.

Memetik laporan South Morning China Post, kejadian yang berlaku di Ching Cheung Road berhampiran Nob Hill, Hong Kong itu dirakam menerusi kamera papan pemuka dan rakaman berkenaan mula tersebar di media sosial.

Advertisement

Rakaman menunjukkan pemandu tersebut dalam keadaan tidak sedarkan diri, manakala seorang penumpang lelaki yang duduk di tempat duduk hadapan bersama tiga penumpang wanita di bahagian belakang cuba sedaya upaya mengejutkan serta menyedarkannya.

Bagaimanapun, usaha mereka tidak berhasil apabila pemandu terbabit kelihatan langsung tidak memberikan sebarang respons.

Situasi itu menyebabkan keempat-empat penumpang berada dalam keadaan panik apabila teksi berkenaan terus bergerak tanpa kawalan yang sempurna selama lebih 30 saat.

Advertisement

Dalam keadaan cemas, seorang penumpang wanita yang duduk di bahagian belakang kemudian bangun dan cuba mencapai stereng.

Teksi berkenaan bagaimanapun sempat mengalami gegaran kuat sebelum akhirnya bergerak perlahan dan berhenti selepas bergesel dengan pembahagi atau kerb jalan di bahagian kanan.

Akibat kejadian itu, tayar hadapan sebelah kanan teksi tersebut pecah.

Bagaimanapun, kenderaan berkenaan dilaporkan tidak mengalami kerosakan besar.

Keempat-empat penumpang kemudiannya berjaya keluar dari teksi dalam keadaan tidak mengalami kecederaan sebelum menghubungi pihak kecemasan untuk mendapatkan bantuan.

Sementara itu, pemandu yang masih tidak sedarkan diri dikejarkan menggunakan ambulans ke Caritas Medical Centre di Cheung Sha Wan.

Pemandu berusia 66 tahun itu dilaporkan masih berada dalam keadaan kritikal sehingga malam Rabu.

Sumber: South Morning China Post

Anda mungkin berminat dengan

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

Must Watch Video

Advertisement