Ringkasan AI
- Akma Salleh, pembaca berita yang tular kerana tersasul semasa siaran langsung, tampil beri penjelasan di platform Threads.
- Dia menjelaskan bahawa dia menahan ketawa kerana berlaku sesuatu yang lucu di studio, bukan menahan bersin seperti yang disangka netizen.
- Akma mengakui dia sukar menahan gelak ketika siaran berlangsung.
- Video pendek insiden tersebut menunjukkan Akma tersasul ketika mengakhiri siaran, dan rakan sekerjanya turut cuba menahan ketawa.
- Netizen terhibur dengan sikap santai dan gelagat lucu Akma semasa siaran langsung itu.
Pembaca berita yang tular dengan kejadian mencuit hati apabila tersasul ketika bersiaran baru-baru ini tampil memberikan reaksi tentang perkara itu.
Menerusi perkongsiaannya di platform Threads, Akma Salleh menjelaskan pada ketika itu dia tidak menahan bersin seperti yang disangka netizen sebaliknya menahan ketawa kerana berlaku hal lucu di dalam studio.
“Maaf semua, ada benda lucu yang jadi semasa live, jadi masa tu tengah struggle tahan gelak tapi apakan daya memang tak mampu nak menahan gelak tu,” tulisnya.
Penjelasan Akma itu ternyata membuatkan netizen rasa terhibur dengan sikap pembaca berita yang bersahaja itu dan tidak malu untuk berkongsi kejadian yang berlaku.
Terdahulu, tular video pendek merakamkan penyampai berita sebuah stesen televisyen tempatan tersasul ketika sedang bersiaran langsung.
Video itu merakamkan Akma sedang mengakhiri siaran tersebut, namun secara tiba-tiba pembacaannya tersasul.
Disebabkan itu, penyampai berita lelaki yang berada di sampingnya turut sedaya upaya menahan untuk tidak mengganggu siaran dengan menahan diri daripada ketawa.
Insiden mencuit hati itu mendapat perhatian ramai yang rata-ratanya menyatakan rasa terhibur dengan gelagat Akma.