Pembuka tahun baharu 2026 disambut dengan satu berita gembira lebih-lebih lagi buat peminat penyanyi, Bella Astillah dan ahli politik, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.
Membuat kemunculan istimewa pada malam Countdown 2026 di Johor, Syed Saddiq mencuri perhatian ramai apabila cuba memberi banyangan bakal mendirikan rumah tangga bersama Bella.
“Semua orang ada azam mereka yang tersendiri, saya juga ada azam saya sendiri hanya Bella dan keluarga yang mengetahuinya termasuk keluarga saya. InsyaAllah masanya akan tiba,” kata Syed Saddiq secara ringkas.
Syed Saddiq berkata demikian ketika ditanya apakah azam tahun baharu buat dirinya.
Dalam pada itu, figura politik berkenaan turut menyifatkan pertemuannya dengan Bella sebagai sesuatu yang istimewa, sekali gus menjelaskan tindakannya memaparkan wajah penyanyi itu pada pakaiannya.
"Meeting this wonderful lady next to me, is not hard to answer, kalau tidak saya tidak akan pakai gambar dia pada pakaian saya. Kalau ada pom pom saya akan angkat tapi sebab tiada jadi letak la muka wanita istimewa ini di dada saya," tambahnya.
@budak.tadika Jengg jeng jengg...Pandai-pandailaah korang nilai sendiri ya... Vitamin Fresh 2026🤣 #fyp #fypシ゚viral #budaktadika #syedsaddiq #bellaastillah ♬ original sound - Budak Tadika
Menerusi tinjauan di beberapa buah video yang tular, rara-rata peminat tidak sabar untuk menantikan berita gembira yang bakal dikongsikan oleh Bella dan Syed Saddiq atau lebih dikenali sebagai BASS.
Sekadar info, Bella sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga bersama penyanyi, Aliff Aziz pada 9 September 2016 sebelum bercerai talak satu pada 13 Jun 2024.
Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Mohamad Ayden Adrean, 8, dan Ara Adreanna, 5.