Skip to main content

Hiburan

Peminat Jadi Keutamaan, Live Nation Malaysia Tegaskan Tiket BTS Hanya Dijual Di Platform Rasmi

Astrogempak BTS

Sekilas

  • Live Nation Malaysia mengesahkan semua kategori tiket untuk konsert BTS World Tour ‘Arirang’ di Kuala Lumpur masih tersedia dan belum dijual.
  • Penjualan tiket akan bermula secara rasmi pada 3 Jun melalui pra-jualan dan jualan umum secara dalam talian di platform rasmi Golive Asia dan Trip.com.
  • Peminat dinasihatkan berhati-hati dengan penipuan tiket dan hanya mendapatkan maklumat serta pembelian tiket melalui saluran rasmi penganjur.

Penganjur konsert antarabangsa, Live Nation Malaysia memberi jaminan semua kategori tiket untuk konsert BTS World Tour ‘Arirang’ in Kuala Lumpur masih tersedia dan belum dijual.

Menerusi satu kenyataan di Instagram, Live Nation Malaysia memaklumkan penjualan tiket hanya akan bermula pada 3 Jun menerusi sesi pra-jualan dan jualan umum yang dijalankan secara rasmi secara dalam talian.

“Live Nation Malaysia ingin memberi jaminan kepada semua peminat bahawa semua kategori tiket masih tersedia sepenuhnya untuk BTS World Tour ‘Arirang’ in Kuala Lumpur.

“Tiket hanya akan mula dijual bermula 3 Jun untuk semua pra-jualan dan jualan umum,” menurut kenyataan itu.

Pihak penganjur turut menegaskan bahawa segala urusan pembelian tiket hanya akan dilakukan melalui platform rasmi iaitu Golive Asia dan Trip.com bagi sesi pra-jualan tertentu.

Pada masa sama, peminat turut dinasihatkan supaya lebih berhati-hati dan tidak mudah terpedaya dengan mana-mana individu atau platform tidak rasmi yang mendakwa mempunyai tiket lebih awal.

“Semua penjualan tiket akan dijalankan sepenuhnya secara dalam talian menerusi platform tiket rasmi iaitu golive-asia.com dan Trip.com bagi pra-jualan Trip.com.

“Orang ramai diminta untuk sentiasa berwaspada terhadap sebarang maklumat palsu, platform tidak sah atau iklan tidak rasmi,” menurut kenyataan tersebut.

Selain itu, Live Nation Malaysia turut meminta orang ramai untuk sentiasa mendapatkan maklumat terkini hanya menerusi saluran rasmi mereka serta Golive Asia bagi mengelakkan sebarang kekeliruan.

Terdahulu, media sosial kecoh apabila muncul beberapa pihak yang mendakwa tiket konsert BTS termasuk kategori VIP sudah habis dijual walaupun jualan rasmi masih belum dibuka.

 

Anda mungkin berminat dengan

YAN@YAN Sut Wanita Gaya Korea

YAN@YAN Sut Wanita Gaya Korea

HNL Kerepek Pisang Masin / Banana Salted Chips

HNL Kerepek Pisang Masin / Banana Salted Chips

Tealive Bru & Friends - Milk Tea

Tealive Bru & Friends - Milk Tea

ZANZEA Women Solid Two-Piece Bat Sleeve Vintage Muslim Maxi Dress

ZANZEA Women Solid Two-Piece Bat Sleeve Vintage Muslim Maxi Dress

ZANZEA Women Korean Casual Stripes Drop Shoulder 3/4 Sleeve Blouse

ZANZEA Women Korean Casual Stripes Drop Shoulder 3/4 Sleeve Blouse

Must Watch Video

Advertisement