Skip to main content

Hiburan

Peminat Menangis Sebab ALPHA

Astrogempak ALPHA

Sekilas

  • Kumpulan M-Pop ALPHA bakal keluarkan versi bahasa Korea untuk lagu hit mereka, P.Ramlee Saloma, yang kini sudah mencatat lebih 20 juta strim.
  • Lagu versi Korea ini dinyanyikan oleh Hoondo dan dicipta oleh Justin Seow serta Mohsein Kush, menarik perhatian peminat di TikTok.
  • ALPHA juga akan melancarkan album sulung mereka, The First Wave, yang mengandungi beberapa lagu termasuk Burn It Down yang dirakam di Korea Selatan.

Kumpulan M-Pop, ALPHA sekali lagi mencuri perhatian peminat selepas berkongsi perkembangan terbaharu mengenai lagu hit mereka, P.Ramlee Saloma.

Menerusi hantaran di TikTok, ALPHA memberi bayangan dimana lagu hit mereka bakal tampil dengan versi baharu yang dinyanyikan dalam bahasa Korea.

Lebih menarik, lagu ciptaan Justin Seow dan Mohsein Kush itu turut dipersembahkan oleh Hoondo bagi versi Korea. 

Setakat ini, P.Ramlee Saloma telah merekodkan sebanyak 20,426,123 strim, membuktikan populariti luar biasa lagu tersebut dalam kalangan peminat muzik tempatan.

Perkongsian itu segera mengundang pelbagai reaksi teruja daripada peminat yang tidak menyangka lagu berkenaan bakal diberikan nafas baharu dalam bahasa Korea.

“OMG, real ke ni P.Ramlee Saloma versi Korea?

“Wow, bahasa Korea. My favourite song saya boleh hafal.

“Dah vibes OST drama Korea ni.

"Excited nak dengar!

“Nak nangis!

“OMGGGGG???? 😭😭😭😭

“Seriously, Korean ver hit different 😭😭

“OMG! Korean version?! Uwaaa😭

“Aaa tak sabarrrr,” antara komen yang ditinggalkan peminat.

Sekadar info, ALPHA bakal tampil dengan album sulung mereka iaitu The First Wave. 

Antara lagu yang akan dimuatkan di dalam album tersebut adalah Gelato, Monalisa (Bang Bang), Tiada Pengganti, Gerak, Haru Biru dan Burn It Down ciptaan Daniel Caesar dan Candace Sosa.

Lagu Burn It Down dirakamkan ketika ALPHA mengikuti latihan intensif di Korea Selatan, dan proses rakamannya turut dipaparkan menerusi program ALPHA Dreams Unlocked: Seoul Chapter yang kini boleh distrim di Astro GO.

ALPHA dianggotai Daniel, Izat, Rizal, Ariel, Ray-D, Araff dan Sky ditubuhkan selepas pertandingan Big Stage Alpha tahun lalu.

@alphaofficialmy THE FIRST WAVE: Audio Teaser P Ramlee Saloma (Korean Version) [with Hoondoo] Written by: Justin Seow, Mohsein Kush, Prem Anand, Hoondoo Pre-save / Pre-add: https://bfan.link/The-First-Wave #ALPHATheFirstWave #ALPHA15June2026 ♬ original sound - ALPHA

Anda mungkin berminat dengan

YAN@YAN Sut Wanita Gaya Korea

YAN@YAN Sut Wanita Gaya Korea

HNL Kerepek Pisang Masin / Banana Salted Chips

HNL Kerepek Pisang Masin / Banana Salted Chips

ZANZEA Women Korean Casual Stripes Drop Shoulder 3/4 Sleeve Blouse

ZANZEA Women Korean Casual Stripes Drop Shoulder 3/4 Sleeve Blouse

Tealive Bru & Friends - Milk Tea

Tealive Bru & Friends - Milk Tea

ZANZEA Women Solid Two-Piece Bat Sleeve Vintage Muslim Maxi Dress

ZANZEA Women Solid Two-Piece Bat Sleeve Vintage Muslim Maxi Dress

Must Watch Video

Advertisement