Skip to main content

Hiburan

Peminat Suka ‘Chemistry’ Irfan Zaini-Shweta Sekhon, Ada ‘Old School Bollywood Vibes’ - "Macam Arjun Rampal & Aishwarya Rai"

Peminat Suka ‘Chemistry’ Irfan Zaini-Shweta Sekhon, Ada ‘Old School Bollywood Vibes’ - "Macam Arjun Rampal & Aishwarya Rai"

Sekilas

  • Pelakon Irfan Zaini dan Shweta Sekhon dalam filem TERBANG mendapat pujian netizen kerana chemistry mereka yang diibaratkan seperti pasangan Bollywood lama, Arjun Rampal dan Aishwarya Rai.
  • Shweta membawakan watak Lisa manakala Irfan sebagai Ajeet, pasangan suami isteri yang menghadapi cabaran dalam dunia sukan rali dalam filem arahan Chiu Keng Guan ini.
  • TERBANG kini ditayangkan di pawagam seluruh negara termasuk dalam format 4DX, menampilkan barisan pelakon seperti Zizan Razak, Jack Tan, Nam Ron dan Diana Danielle.
Advertisement

Gandingan pelakon Irfan Zaini dan Shweta Sekhon dalam filem TERBANG mencuri perhatian apabila ‘chemistry’ mereka disamakan netizen dengan pasangan bintang Bollywood era lama.

Menerusi Threads, seorang individu menyifatkan penampilan Irfan dan Shweta mengingatkannya kepada pasangan pelakon Bollywood, Arjun Rampal dan Aishwarya Rai.

Advertisement

“Bukan apa lah tapi aku tengok Shweta dengan Irfan tu macam tengok Arjun Rampal dengan Aishwarya Rai dulu,” tulis individu berkenaan.

Pandangan tersebut turut dipersetujui pengguna lain yang memuji keserasian pasangan berkenaan menerusi TERBANG.

“Saya menyokong kenyataan di atas… awak cantik sangat jaan,” komen seorang netizen.

Advertisement

“You both actually gave proper old school Bollywood vibes. Loved the chemistry!” tulis seorang lagi.

Tidak berdiam diri, Shweta turut meninggalkan respons selepas melihat pujian yang diberikan terhadap gandingannya bersama Irfan.

“Ni made my morning!!! Chomellll la korang!!!” balasnya.

cvcv

Dalam TERBANG, Shweta membawakan watak Lisa manakala Irfan tampil sebagai Ajeet, pasangan suami isteri yang melalui pelbagai cabaran dalam kehidupan termasuk perjalanan dalam dunia sukan rali.

TERBANG arahan Chiu Keng Guan diinspirasikan daripada perjalanan legenda rali negara, Karamjit Singh selain turut dibintangi Zizan Razak, Jack Tan, Nam Ron dan Diana Danielle.

Filem tersebut kini sedang ditayangkan di pawagam seluruh negara termasuk dalam format 4DX.

Sumber: Threads

Anda mungkin berminat dengan

Kikilala Baby Boy Suit Sets World Cup BSB585

Kikilala Baby Boy Suit Sets World Cup BSB585

【Men skincare】Glad2Glow Milk Amino Acid Gentle Men Face Wash Cleanser Oil-Control Deep cleaning/ Pencuci Muka男士洁面 (80ml)

【Men skincare】Glad2Glow Milk Amino Acid Gentle Men Face Wash Cleanser Oil-Control Deep cleaning/ Pencuci Muka男士洁面 (80ml)

PERFUME PARADISE EXCLUSIVE HQ SPECIAL EDITION FOR HER FOR HIM 30ML ORIGINAL HQ

PERFUME PARADISE EXCLUSIVE HQ SPECIAL EDITION FOR HER FOR HIM 30ML ORIGINAL HQ

adidas Football Argentina 26 Home Jersey Men White JM8396

adidas Football Argentina 26 Home Jersey Men White JM8396

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Bebola Sabit/Bebola Cinta/Papan Love/Jubin Love (26cm-27cm) GA-7

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Bebola Sabit/Bebola Cinta/Papan Love/Jubin Love (26cm-27cm) GA-7

POP MART Twinkle Twinkle Crush On You Series-Plush Pendent Blind Box

POP MART Twinkle Twinkle Crush On You Series-Plush Pendent Blind Box

Must Watch Video

Advertisement