Skip to main content

Hiburan

Peminat Tersentuh Lihat Aisha Retno Tertidur Ketika Disolek - "Nangis La Part Ni..."

Astrogempak Aisha (3)

Sekilas

  • Penyanyi Aisha Retno tular selepas video menunjukkan dia tertidur ketika disolek sebelum persembahan di pentas akhir Talk To My Manager 2.
  • Netizen meluahkan rasa simpati dan sedih melihat keletihan Aisha akibat jadual kerja yang sangat padat.
  • Ramai mendoakan agar usaha keras Aisha dibalas dengan rezeki dan kesihatan yang baik.
Advertisement

Penyanyi dan komposer, Aisha Retno meraih perhatian netizen selepas tular sebuah video yang memaparkan dirinya tertidur ketika sedang disolek sebelum membuat persembahan bersama Anggrek di pentas akhir Talk To My Manager 2. 

Menerusi satu hantaran di Threads oleh leushqx, individu tersebut mengakui berasa sebak melihat keadaan Aisha yang dipercayai terlalu keletihan akibat jadual kerja yang padat.

Advertisement

“Aaaa nangis laaa part niii 😭😭😭

“Biasanya kita tengok orang lelaki kalau makan nampak kesian kann, ni Aisha Retno tidur pun nampak kesian 🥲,” tulisnya.

Dalam hantaran sama, dia turut mendoakan agar segala pengorbanan dan usaha keras Aisha dibalas dengan rezeki serta kebaikan yang berlipat kali ganda.

“Semoga usaha keras Aisha membawa 1,001 kebaikan yang tak disangka-sangka untuk Aisha 🤍 ,” tambahnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut meluahkan rasa simpati selepas melihat video tersebut.

Ramai menyedari jadual Aisha sejak kebelakangan ini sangat padat dengan pelbagai komitmen, termasuk persembahan pentas dan penampilan dalam program televisyen.

“Aku dah cakap sebelum ni, Ecah terlalu letih. Jadual dia memang padat gila. Tengok dia dekat Big Stage pun muka nampak penat tapi masih bertahan hiburkan orang ramai. Semoga Ecah jaga kesihatan ya, jangan terlalu penat nanti jatuh sakit.

“Semoga penat lelah sekarang Allah balas dengan beribu kemanisan nanti dan sentiasa dilimpahkan rezeki seperti air Zamzam yang mengalir tanpa henti.

“Moga Allah beri kesihatan yang baik untuk Ecah dan segala apa yang diimpikannya dimakbulkan. Setiap langkah dan usaha keras pasti ada kejayaannya. Stay strong, Queen. Take care.

“Allahu... kenapa kesian sangat ni. Harap Aisha dapat rehat secukupnya,” tulis netizen.


 

Anda mungkin berminat dengan

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

Must Watch Video

Advertisement