Skip to main content

Hiburan

Peminat Titip Kata- Kata Semangat Terus Kuat, Ini Respons Fazura - “Saya Bersyukur, Bahagia Dengan…”

fazura

Pelakon, Nur Fazura menegaskan dirinya kini berada dalam fasa kehidupan paling membahagiakan bersama satu-satunya cahaya mata, Nur Fatima Aisya, 5.

Menerusi satu komen di aplikasi Threads, Fazura membalas komen seorang pengguna yang menitipkan kata semangat agar dia terus kuat selepas melalui pelbagai dugaan dalam hidup.

Advertisement

"Hi Sis Farah, Tenang sahaja, saya sangat bersyukur dan bahagia dengan kehadiran Fatima yang menjadi cinta hati saya. Terima kasih atas doa dan ingatan yang baik,” tulisnya.

fazyra

Perkongsian tersebut sekali gus menggambarkan Fazura lebih selesa memberi tumpuan kepada anak tunggalnya selepas melalui episod penceraian pada tahun lalu.

Sebelum ini, teka-teki mengenai status hubungan pelakon itu akhirnya terjawab apabila bekas suaminya, Fattah Amin, mengumumkan bakal mendirikan rumah tangga dengan penyanyi Amira Othman pada 14 September depan.

Tarikh istimewa itu dipilih bersempena ulang tahun kelahiran Fattah atau nama sebenarnya Abdul Fattah Mohd Amin yang bakal genap berusia 35 tahun.

Untuk rekod, Fattah pernah membuat kejutan dengan melamar Amira pada sebuah acara apabila muncul dari belakang pentas ketika penyanyi itu sedang berduet bersama adiknya, Irfan Haris menerusi lagu terbaharu mereka berjudul Rasa & Takdir.

Sekadar info, Fattah dan Fazura mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017 sebelum bercerai pada 7 Oktober tahun lalu.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Nur Fatima Aisya.

Must-Watch Video

Advertisement