Sekilas
- Gegar Vaganza musim ke-12 kini memasuki minggu kelima dengan dua peserta sudah tersingkir, manakala Nubhan kekal konsisten di tangga tiga teratas.
- Seorang wanita meramalkan Nubhan akan mara ke final dan berada dalam tiga teratas berdasarkan bakat vokalnya, mendapat sokongan ramai netizen.
- GV12 menampilkan 13 peserta dari Malaysia, Indonesia dan Singapura, dengan siaran langsung setiap Ahad di Astro Ria dan platform Astro GO serta sooka.
Program realiti Gegar Vaganza musim ke-12 bakal memasuki minggu yang kelima pada Ahad ini dengan dua daripada 13 peserta sudah pun tersingkir.
Dalam masa yang sama, beberapa peserta juga menunjukkan peningkatan dari minggu ke minggu dan antara peserta yang mencuri tumpuan ialah Nubhan yang dilihat konsisten mengekalkan kedudukannya di tangga tiga teratas setiap minggu.
Terbaharu, seorang wanita tampil memuat naik pandangannya mengenai penyertaan Nubhan di GV12 sambil meramal anak jati Negeri Sembilan itu bakal ke final dan meraih kedudukan sekurang-kurangnya di tiga teratas.
“Maaflah netizen, aku jangkakan yang Nubhan akan dapat rangkul kedudukan tiga teratas di final GV12 nanti.
“Aku bercakap soal bakat dan tak kaitkan dengan hal peribadi dia. Suara dia bagus,” kongsinya.

Perkongsian itu kemudiannya meraih perhatian ramai yang rata-ratanya bersetuju dengan pendapat wanita tersebut.
“Setuju, Nubhan bakal top 3 GV12.
“Antara Nubhan dan Iskandar Ismail calon juara. Silap-silap akan ada dua juara lagi macam GV6 dulu,” komen netizen.
Sekadar info, penyertaan Nubhan di GV12 meraih perhatian dikala dia menyertai pertandingan itu ketika kemelut rumah tangganya bersama isteri, Dr. Fie Tawfek.
Selain Nubhan, 12 lagi bintang Gegar Vaganza musim ini adalah Mark Adam, Datuk Elaine Kang, Krisya, Korie, Rahmat Ekamatra, Mell Sakura dan Freshies (Ejie dan Shima).
Dari Indonesia, pentas GV12 turut diserikan dengan kehadiran Shae, Ruri Repvblik serta trio Mendua (Pungky, Sasha & Diana) yang membawa warna muzik tersendiri.
Sementara itu, Singapura tampil dengan bangga menerusi penyertaan Iskandar Ismail, nama yang cukup sinonim dengan keunggulan vokal dan karisma.
Menambah elemen misteri dan kejutan, SHY8 hadir sebagai peserta wildcard musim ini, menjanjikan sentuhan seni yang unik serta kejutan segar yang bakal mencetus fenomena baharu dalam GV-Verse.
Walau bagaimanapun, SHY8 dan Datuk Elaine Kang diumumkan tersingkir selepas empat minggu berhempas pulas memberikan persembahan terbaik.
Penganjuran Gegar Vaganza pada tahun ini masih mengekalkan Datuk Syafinaz Selamat, Hetty Koes Endang dan Datuk Ramli MS selaku juri.
Acara yang berlangsung selama 12 minggu ini akan dikendalikan oleh pengacara hebat Nabil Ahmad dan Sherry Alhadad.
Gegar Vaganza V12 bakal bersiaran secara langsung di MBSA Shah Alam mulai 2 November 2025, setiap Ahad, jam 9 malam, dan dipancarkan secara langsung menerusi saluran Astro Ria (saluran 104).
GV12 turut boleh disaksikan melalui strim secara On Demand di Astro GO dan sooka. Langgan Pek Astro One, hanya RM49.99 sebulan.
Strim hiburan tanpa henti untuk seisi keluarga dan tingkatkan pengalaman penstriman anda dengan Astro Fibre 500Mbps beserta Pek Hiburan pada harga RM139.99 sebulan. Layari www.astro.com.myatau WhatsApp ke 03-9543 3838 untuk melanggan atau menaik taraf hari ini.