Skip to main content
Advertisement

Hiburan

“Pen Merah Pen Biru, Hidup I Best Bila Ada You” - Fattah Amin Titip Ucapan Hari Jadi Romantik Buat Isteri

“Pen Merah Pen Biru, Hidup I Best Bila Ada You” - Fattah Amin Titip Ucapan Hari Jadi Romantik Buat Isteri

Sekilas

  • Fattah Amin berkongsi ucapan romantik di Instagram sempena hari lahir isteri tercinta, Amira Othman yang ke-33 tahun.
  • Mereka meraikan hari istimewa itu dalam majlis tertutup bersama kenalan rapat.
  • Amira dan Fattah telah berkahwin pada 14 September 2025 dan dikurniakan seorang anak lelaki bernama Muhammad Jarir Umar Abdul Fattah.
Advertisement

Pelakon, Fattah Amin mencuri perhatian apabila menitipkan ucapan romantik buat isterinya, Amira Othman sempena sambutan hari lahir yang ke-33.

Menerusi perkongsian di Instagram, Fattah meluahkan rasa syukur atas kehadiran isterinya yang disifatkan sebagai insan istimewa, terutama ketika dirinya memerlukan sokongan.

Advertisement

“Selamat Hari Lahir isteri syurgaku. Terima kasih hadir di saat saya memerlukan kamu. Semoga Allah pelihara kamu dan rumah tangga kita hingga ke syurga.

“Jap, saya nak bagi pantun. Pen merah pen biru, hidup I best bila ada you 😆👼💙 I love you ayang,” tulisnya.

Menerusi perkongsian sama, Fattah berkongsi menyambut hari kelahiran isterinya bersama kenalan rapat dalam satu majlis tertutup.

Advertisement

Menjengah ke ruangan komen, rakan-rakan artis serta netizen turut menzahirkan ucapan hari jadi buat Amira Othman.

Sekadar Info, Amira Othman telah sah bergelar isteri kepada Fattah Amin dengan sekali lafaz pada malam 14 September 2025 di Golden Palm Tree Resort, Sepang. 

Majlis pernikahan tersebut diadakan secara tertutup dan romantis, dengan tarikh tersebut dipilih bersempena ulang tahun kelahiran Fattah.

Pasangan ini juga dikurniakan seorang cahaya mata lelaki yang diberi nama Muhammad Jarir Umar Abdul Fattah.

Anda mungkin berminat dengan

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

Must Watch Video

Advertisement