Skip to main content

Hiburan

Penampilan Dilihat Seperti Orang Dewasa, Ini Jawapan Balas Thalita - “Saya Make Up Macam Itu Sebab…”

Thalita

Sekilas

  • Seorang pengguna TikTok mempersoalkan penampilan Thalita, anak pelawak Shuib, yang kelihatan seperti orang dewasa walaupun usianya masih muda.
  • Thalita menjelaskan solekan tebal yang dipakainya adalah untuk persembahan nyanyian di atas pentas supaya jelas kelihatan.
  • Dia juga menegaskan supaya tidak menghakimi seseorang berdasarkan penampilan dan berkongsi pengalamannya sebagai pelajar sekolah agama.
Advertisement

Seorang individu di TikTok mempersoalkan penampilan anak kepada pelawak Shuib iaitu Thalita yang didakwa seperti orang dewasa sedangkan usianya masih muda. 

 

Advertisement

Menerusi komen tersebut, individu berkenaan meluahkan rasa syukur apabila dia membesar seperti kanak-kanak. 

 

“Kenapa budak-budak sekarang dah macam orang dewasa… ya dia boleh pakai apa saja yang dia mahukan tapi saya syukur yang kita membesar seperti kanak-kanak berbanding orang dewasa. Tahniah untuk kita,” tulisnya, 

 

Membalas komen tersebut, Thalita menjelaskan dia mengenakan solekan yang tebal disebabkan kerjayanya sebagai seorang penyanyi yang perlu membuat persembahan di atas pentas. 

Advertisement

 

“Okay, pertama sekali saya make up macam itu sebab saya menyanyi kak. Saya duduk atas pentas, kena la ada solekan yang tebal supaya korang boleh nampak,” jelasnya. 

 

Dalam pada itu, Thalita turut membalas salah satu komen netizen yang mendakwa guru sekolahnya berasa kurang senang dengan penampilannya itu. 

 

Menurut Thalita, tidak perlu menghakimi seseorang berdasarkan penampilan. 

 

“Kenapa meluat? Untuk pengetahuan, saya sekolah agama, jadi jangan ingat yang tidak bertudung ni jahat-jahat semua, kadang-kadang yang pakai tudung pun jahat,” katanya. 

Anda mungkin berminat dengan

Torriden Dive-In Soothing Cream

Torriden Dive-In Soothing Cream

Nike Paris Saint-Germain Bucket Hat

Nike Paris Saint-Germain Bucket Hat

adidas Lifestyle Lightblaze Shoes Men Black JQ7199

adidas Lifestyle Lightblaze Shoes Men Black JQ7199

VIRTOK Shoupin首品 Hair Dye Full Set Free Tools & Developer Pewarna Rambut Hair Colour 染发剂流行色染发膏奶茶灰棕

VIRTOK Shoupin首品 Hair Dye Full Set Free Tools & Developer Pewarna Rambut Hair Colour 染发剂流行色染发膏奶茶灰棕

READY STOCK🎁WEBEE Combat SWAT Men's Boots Tactical Outdoor Hiking Kasut Operasi Pdrm Askar (No Box)

READY STOCK🎁WEBEE Combat SWAT Men's Boots Tactical Outdoor Hiking Kasut Operasi Pdrm Askar (No Box)

adidas Football DFB GERMANY METAL BOTTLE Unisex White KF4127

adidas Football DFB GERMANY METAL BOTTLE Unisex White KF4127

Must Watch Video

Advertisement