Skip to main content

Hiburan

Penampilan Isteri Jadi Perhatian, Chiwan Sentiasa Beri Teguran & Nasihat - “Kadang-Kadang Saya Marah Juga Sebab…”

Chiwan

Ringkasan AI

  • Isteri penyampai radio Chiwan, Amira Ayuni Hashim, sering mendapat perhatian netizen kerana penampilannya yang menjolok mata di TikTok.
  • Chiwan mengakui dia kurang senang dengan penampilan isteri yang masih muda itu dan kadang-kadang marah kerana ia tidak elok.
  • Jurang usia antara mereka membuatkan Chiwan berhati-hati memberi teguran supaya tidak menimbulkan pergaduhan.
  • Chiwan juga menggunakan pendekatan perlahan dan melibatkan keluarga mentua untuk menasihati Amira agar lebih berhati-hati dalam berpakaian dan membuat video.
  • Pasangan ini berkahwin pada 5 Mei tahun lalu dan kini mempunyai seorang anak perempuan berusia 11 bulan bernama Canteq Kesuma.

Penampilan isteri kepada penyampai radio Chiwan menjadi perhatian netizen apabila dilihat kerap berkongsi video memperlihatkan dirinya memakai pakaian yang menjolok mata di TikTok miliknya.

 

Menganggap Amira Ayuni Hashim masih muda, Chiwan bagaimanapun mengakui dia turut kurang senang melihat penampilan isterinya itu. 

 

"Dia pun masih muda lagi, saya bukan nak mengiyakan kerana memang salah. Kadang saya marah juga sebab tahu ia tak elok.

 

"Saya tidaklah baik sangat cuma benda-benda itu pun saya tak suka," katanya kepada Gempak.

 

Chiwan berkongsi perkara itu ketika ditemui di sidang media Inilah Suria yang berlangsung di Menara Star, Petaling Jaya.

 

Kata pelawak berusia 39 tahun itu, jurang usia yang agak jauh membuatkan dia sedikit berhenti-hati dalam memberi teguran.

 

Malah dia juga sudah kerap kali menasihati isterinya agar berhati-hati dalam berpakaian terutama ketika ingin membuat video.

 

"Mungkin selepas ini dia akan lebih berjaga-jaga, dia masih muda saya pula sudah berumur kadang-kadang kalau bagi lebih sangat takut bergaduh pula.

 

"Saya pun ada beritahu tak perlu pun video-video macam ini, kena jaga tutup saja penuh-penuh tak kisah bagi orang senang dengan kita," luahnya.

 

Dalam masa sama, Chiwan berkata dia memilih pendekatan secara perlahan-lahan dalam mendidik isteri selain menggunakan keluarga mentua untuk turut menberi nasihat.

 

"Ada juga berbincang dengan keluarga dia dan ibu dia pun ada menegurnya.

 

"Kalau suruh padam ke apa nanti bergaduh jadi saya akan terus beri dia nasihat untuk tidak buat perkara seperti itu," jelasnya.

 

Untuk rekod, Chiwan dan Amira mendirikan rumah tangga pada 5 Mei tahun lalu dalam sebuah majlis yang diadakan di Telok Panglima Garang, Banting, Selangor.

 

Pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata perempuan bernama Canteq Kesuma yang kini berusia 11 bulan.

Must-Watch Video

Advertisement