Skip to main content

Hollywood

Penampilan Terkini Jim Carey Cetus Perdebatan, Didakwa Klon

Astro Gempak jim carrey

Sekilas

  • Jim Carey menjadi trending di media sosial selepas penampilannya yang kelihatan sangat muda ketika menerima anugerah sepanjang hayat di 51st César Awards di Paris.
  • Ramai pengguna internet mendakwa Carey yang hadir adalah klon atau orang lain berdasarkan perbezaan wajah, gaya percakapan, dan penampilan berbanding foto lama.
  • Media utama Hollywood seperti Variety dan People mengesahkan lelaki tersebut adalah Jim Carey yang asli, dengan bukti foto resolusi tinggi dari Getty Images.

Aktor yang terkenal dengan watak komedi, Jim Carey sedang menjadi perbualan hangat sehingga trending di media sosial.

Semuanya gara-gara penampilan Carey yang dilihat sangat muda, malah ada dalam kalangan peminat mendakwa figura berusia 64 tahun itu bukan dirinya yang sebenar.

Sebaliknya, bintang Ace Ventura dan The Mask yang tampil menerima anugerah sepanjang hayat pada acara 51st César Awards di Paris, baru-baru ini didakwa merupakan ‘orang lain’ atau klon Carey, lapor Yahoo!.

Teori tersebut tercetus sebaik foto terkini Carey yang lama menyepi hadir ke majlis tersebut tersebar.

Ada dalam kalangan pengguna internet mencetuskan spekulasi dengan mendakwa wajah Carey cukup berbeza seperti sebelum ini. Antara yang menjadi perbandingan adalah ketinggian, warna bola mata, bentuk mata, rambut dan rahangnya.

Selain terjadi banyak meme, ramai yang membandingkan foto lama Carey termasuk dari tahun 1990 dengan penampilan terkininya di tahun 2026 dengan tulisan ‘Jim Carey 1.0 vs Jim Carey 2.0.’

Malah ada yang mengkaji gaya percakapan, terutama ucapan Carey yang disampaikan dalam bahasa Perancis sewaktu menerima anugerah juga tidak asli.

“Itu bukan Jim Carey, itu klon dia,” dakwa seorang pengguna media sosial.

Meski muncul teori-teori tersebut, pihak media utama Hollywood seperti Variety dan People mematahkan dakwaan yang dibuat.

Mereka mengesahkan aktor tersebut adalah Jim Carey yang asli. Wartawan yang menemubual Carey juga mengesahkan identitinya sah.

Bukti lelaki tersebut adalah Jim Carey yang asli juga datang daripada Getty Images dengan foto resolusi tinggi yang dirakamkan sewaktu majlis.

Antara penampilan Carey didakwa berubah kerana faktor usia dan gaya hidup meski ada yang mendakwa ia berubah atas bantuan pembedahan plastik.

Carey bagaimanapun belum memberi sebarang respons terhadap spekulasi yang berlaku.

Anda mungkin berminat dengan

Laneige Water Bank Gentle Gel Cleanser 250ML

Laneige Water Bank Gentle Gel Cleanser 250ML

Lovito Elegant Top Ruched Spring/summer Navy Blue Top for Women LK3ED025 Lovito Tōti Ataahua He Tōti Kahurangi Moana o te Koanga/Raumati mō ngā Wahine LK3ED025

Lovito Elegant Top Ruched Spring/summer Navy Blue Top for Women LK3ED025 Lovito Tōti Ataahua He Tōti Kahurangi Moana o te Koanga/Raumati mō ngā Wahine LK3ED025

Kurta Larik Petak Relaxed Fit

Kurta Larik Petak Relaxed Fit

Lavaletta • Anastasia Orchid Flat Sandals Orchid Flower Slippers 1cm

Lavaletta • Anastasia Orchid Flat Sandals Orchid Flower Slippers 1cm

DLEQA Merona Kurung Sulam Minimilast with Drapping Skirt Hidden pocket with Fully Lining (set wanita)

DLEQA Merona Kurung Sulam Minimilast with Drapping Skirt Hidden pocket with Fully Lining (set wanita)

VIRTOK Shoupin首品 Hair Dye Full Set Free Tools & Developer Pewarna Rambut Hair Colour 染发剂流行色染发膏奶茶灰棕

VIRTOK Shoupin首品 Hair Dye Full Set Free Tools & Developer Pewarna Rambut Hair Colour 染发剂流行色染发膏奶茶灰棕

Must Watch Video

Advertisement