Sekilas
- Majlis resepsi pasangan selebriti Bella Astillah dan YB Syed Saddiq berlangsung hari ini di Muar, Johor dengan ribuan orang sudah mula beratur sejak pagi.
- Pasangan ini sah bergelar suami isteri pada 10 Oktober 2026 dengan sekali lafaz dan mas kahwin RM500.
- Selepas majlis di MITEC yang dihadiri 3,000 tetamu, mereka akan adakan dua lagi resepsi bertemakan kenduri rakyat di Muar dan Kota Kinabalu.
Beberapa jam sahaja lagi akan berlangsungnya majlis resepsi bagi pasangan selebriti Bella Astillah dan YB Syed Saddiq Syed Abdul Rahman di Muar, Johor.
Terbaharu, tular satu video dikongsi seorang individu memaparkan suasana di sekitar perkarangan dewan majlis yang sudah dipenuhi ribuan orang.
Dapat dilihat, rata-rata mereka sudah mula beratur dan berpanasan seawal jam 10 pagi bagi mendapatkan tempat duduk mereka bagi majlis tersebut.
“Penangan BASS. Beratur panjang dah.
“Baru ingat nak pergi, tak jadilah,” ujarnya.
Terdahulu, Syed Saddiq dan Bella Astillah, sah bergelar suami isteri pada 10 Oktorber 2026 dengan sekali lafaz.
Pasangan itu dinikahkan oleh Datuk Seri Zulkifli Mohamad Al-Bakri dengan mas kahwin RM500.
Selepas melakukan resepsi di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) yang dihadiri kira-kira 3,000 tetamu, pasangan ingin akan mengadakan dua majlis resepsi bertemakan kenduri rakyat khusus untuk rakyat Malaysia yang akan berlangsung di Muar, Johor pada hari ini dan Kota Kinabalu, Sabah pada 31 Oktober.
Sumber: Threads