Skip to main content

Hiburan

Penangan KUDRAT 1968! ‘Lautan’ Peminat Banjiri Sesi Jelajah Dan Meet & Greet Di Johor Bahru

Penangan KUDRAT 1968! ‘Lautan’ Peminat Banjiri Sesi Jelajah Dan Meet & Greet Di Johor Bahru

Sekilas

  • Filem KUDRAT 1968: High Council terus mendapat sambutan hangat dengan ribuan peminat hadir ke siri jelajah dan meet & greet di Johor Bahru.
  • Tiga lokasi pawagam di Johor Bahru iaitu GSC Mid Valley Southkey, GSC Paradigm Johor Bahru dan TGV Kulaijaya dibanjiri peminat yang teruja bertemu pelakon utama filem ini.
  • Barisan pelakon akan meneruskan jelajah ke Kedah, Pulau Pinang dan Perak pada 13 hingga 15 November untuk bertemu lebih ramai peminat di Utara.
Advertisement

Filem KUDRAT 1968: High Council terus membuktikan keunggulan apabila terus mendapat sambutan hangat dan luar biasa daripada peminat.

Buktinya, barisan pelakon utama KUDRAT 1968 telah menerima sambutan luar biasa menyaksikan ribuan peminat hadir untuk bertemu lebih dekat dengan mereka menerusi siri jelajah dan ‘meet & greet’ bersama pelakon di Johor Bahru pada Jumaat.

Advertisement

Menerusi siri jelajah tersebut, tiga lokasi pawagam sekitar Johor Baharu telah dibanjiri dengan ribuan peminat yang ternyata teruja untuk melihat sendiri para pelakon utama KUDRAT 1968: High Council di depan mata mereka.

Antara lokasi yang dikunjungi ialah GSC Mid Valley Southkey bermula pukul 3.30 petang, diikuti GSC Paradigm Johor Bahru pada pukul 6 petang dan TGV Kulaijaya pada pukul 9 malam.

Kehadiran ribuan peminat di setiap lokasi menjadikan sesi bertemu peminat itu berlangsung meriah, sekali gus memperlihatkan keterujaan orang ramai untuk berjumpa dengan barisan pelakon filem berkenaan.

Advertisement

Malah, suasana yang dipenuhi peminat turut membuktikan sokongan penonton terhadap KUDRAT 1968 yang terus mendapat perhatian sejak mula diperkenalkan kepada umum.

Diarahkan oleh Zulaikha Zakaria bersama Khairi Asyraff, filem ini menampilkan barisan pelakon termasuk Zarif Ghazzi, Mierul Aiman, Akmal Asyraf, Dai Fuad, Evertts Gomes dan Chech Harith dan ramai lagi. 

KUDRAT 1968 kini sedang ditayangkan di pawagam seluruh negara. Untuk perkembangan terkini tentang filem, ikuti akaun media sosial Astro Shaw.

Berita baik buat peminat di Utara apabila barisan pelakon utama KUDRAT 1968: High Council bakal menemui peminat di Kedah, Pulau Pinang dan Perak pada 13, 14 dan 15 November ini!

Anda mungkin berminat dengan

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

Must Watch Video

Advertisement