Skip to main content

Hiburan

Penangan ‘Walid’ Sampai Ke Seberang, Faizal Hussein Terima Tawaran Filem Indonesia

Astro Gempak

Sekilas

  • Aktor senior Faizal Hussein tidak rasa tertekan dengan penerimaan penonton terhadap siri sekuel Bidaah, Walid.
  • Kejayaan Bidaah membuka peluang berlakon di Indonesia, walaupun Faizal terpaksa menolak tawaran kerana jadual padat.
  • Siri Walid yang ditayangkan di Viu Original adalah kesinambungan tidak dirancang selepas kejayaan Bidaah, menampilkan kembali pencipta dan pengarah asal.

Aktor senior, Faizal Hussein mengakui dia tidak berdepan tekanan terhadap penerimaan penonton bagi siri sekuel Bidaah berjudul Walid.

Menurut Faizal atau nama sebenarnya Mohd Faizal Hussein, 58, kejayaan Bidaah yang mencetus fenomena termasuk di Indonesia sebelum ini sudah cukup membuktikan kekuatan naskhah tersebut. 

Malah, berkat kejayaan siri tersebut telah membuka peluang baharu apabila dia menerima tawaran berlakon di negara seberang.

“Tiada tekanan, malah pengikut saya bertambah terutamanya dari Indonesia. Pengikut saya naik dalam 20,000 orang. Malah dapat juga banyak jemputan nak berkahwin. Followers ahli keluarga saya pun bertambah,” katanya.

“Ada tawaran dari sana. Jemputan untuk berlakon pun ada termasuk filem di Indonesia, tapi jadual saya tak mengizinkan. Tolak lah,” jelasnya.

Mengulas mengenai penerbitan Walid, Faizal mendedahkan siri tersebut sebenarnya tidak dirancang ketika penggambaran Bidaah.

“Memang tak ada perancangan nak buat dua musim. Cuma buat Bidaah sahaja. Apabila siri itu berjaya dan jadi hit, barulah mereka tukarkan tajuk itu kepada Walid,” ujarnya.

Mengikuti kejayaan besar Bidaah tahun lalu, siri siri Viu Original Walid (Heaven’s Reign) 12 episod terbitan Rumah Karya Citra itu ditayangkan secara eksklusif di platform penstriman berkenaan bermula 26 Februari 2026.

Siri tersebut turut menggabungkan semula pencipta dan penulis skrip Erma Fatima serta pengarah Pali Yahya yang sebelum ini mencipta fenomena menerusi Bidaah.

Anda mungkin berminat dengan

Kurta A Bulan Bintang 2026 (NEW) Regular Fit 2

Kurta A Bulan Bintang 2026 (NEW) Regular Fit 2

Crystal Jar 3 4 6Pcs Set Bekas Plastic Kuih Raya Luxury with Metal Tray

Crystal Jar 3 4 6Pcs Set Bekas Plastic Kuih Raya Luxury with Metal Tray

Nur Food Kurma Ajwa Madinah AA (1kg) (Nur Food Kurma Ajwa Madinah AA (1kg))

Nur Food Kurma Ajwa Madinah AA (1kg) (Nur Food Kurma Ajwa Madinah AA (1kg))

DLEQA Merona Kurung Sulam Minimilast with Drapping Skirt Hidden pocket with Fully Lining (set wanita)

DLEQA Merona Kurung Sulam Minimilast with Drapping Skirt Hidden pocket with Fully Lining (set wanita)

Sambal Bilis Rangup (200gram)

Sambal Bilis Rangup (200gram)

Must-Watch Video

Advertisement