Skip to main content

Selebriti

Penantian 15 Tahun Berakhir, Achey Syukur Isteri Hamil - “Bukan Sehari Dua Kami Menunggu, Bukan Setahun Dua Berharap…”

Penantian 15 Tahun Berakhir, Achey Syukur Isteri Hamil - “Bukan Sehari Dua Kami Menunggu, Bukan Setahun Dua Berharap…”

Sekilas

  • Pelawak Achey dan isteri, Nor Hasanah, berkongsi berita gembira bakal menimang cahaya mata selepas 15 tahun menanti.
  • Mereka tidak pernah putus doa walaupun melalui pelbagai ujian termasuk rawatan IVF sebelum ini.
  • Pasangan ini juga menerima ucapan tahniah daripada rakan selebriti serta peminat.
Advertisement

Pelawak, Achey mengucapkan rasa syukur apabila dia dan isteri, Nor Hasanah Yahaya atau lebih mesra disapa Anne, bakal menimang cahaya mata selepas 15 tahun menanti.

Berita gembira itu, dikongsi sendiri oleh Achey dan isterinya menerusi hantaran terbaharu di Instagram miliknya pada Selasa.

Advertisement

Menurut Achey, dia dan isteri tidak pernah berhenti menyimpan harapan serta sentiasa memanjatkan doa untuk dikurniakan zuriat.

“15 tahun menanti, akhirnya Allah izinkan, bukan sehari dua kami menunggu. Bukan setahun dua kami berharap.

“Tetapi selama 15 tahun, kami menyimpan impian yang sama. Ada doa yang tidak pernah putus walaupun berkali-kali diuji,” coretnya.

Advertisement

Dalam pada itu, isterinya juga menyatakan walaupun perjalanan untuk mendapatkan cahaya mata tidak mudah namun dia sentiasa percaya ada penantian manis sepanjang tempoh tersebut.

“Perjalanan ini bukan mudah, tetapi kami percaya setiap yang Allah aturkan pasti ada hikmahnya. Sehinggalah Allah hadirkan satu berita yang selama ini kami impikan.

“Alhamdulillah... Kami bakal menimang cahaya mata, akhirnya ada nyawa kecil yang sedang membesar dalam rahim ini.

“Hadiah terindah daripada Allah, yang tidak mampu kami ungkapkan dengan kata-kata. Terima kasih Ya Allah, kerana tidak pernah mensia-siakan doa hamba-Mu, dan terima kasih pada @drharishamzah dan @alhayafertility dan pada semua yang banyak memberi semangat pada kami. Syukur Ya Allah,” luahnya.

Sementara itu, ruangan komen hantaran itu dihujani dengan ucapan tahniah daripada rakan selebriti dan juga peminat.

Sebelum ini pada Disember 2022, Achey atau nama sebenarnya Mohd Nasir Hamzah, 36, memaklumkan isterinya pernah menjalani proses rawatan IVF dalam usaha mereka menimang cahaya mata, namun rezeki belum menyebelahi mereka.

Untuk rekod, Achey dan Nor Hasanah mendirikan rumah tangga pada 2011 dan memiliki seorang anak angkat perempuan bernama Nur Tiara Zinnirah yang dipelihara sejak 2018.

Anda mungkin berminat dengan

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

Must Watch Video

Advertisement