Pelakon dan pengarah, Liyana Jasmay mengakui dirinya sudah penat berdepan kritikan netizen lebih-lebih lagi apabila menyentuh soal penampilannya.
Menerusi satu perkongsian di Instagram Story, Liyana secara terbuka meluahkan hasrat untuk melakukan transformasi wajah pada tahun 2026.
“Nak mancungkan hidung, nak buang lines kat leher, nak buat jawline, nak jadi wowzer tahun 2026,” tulisnya.

Menurut Liyana, tekanan daripada kritikan berterusan membuatkan dia merasakan perubahan itu perlu dilakukan demi ketenangan diri, bukan semata-mata untuk memenuhi kehendak orang lain.
“Nak cantik memang kena buat kalau tak orang asyik cakap, mata kuyu, muka tak fresh, nampak penat, kulit kusam, hital la, so tahun 2026 kita buat je muka kita. 
Terdahulu, wajah Liyana sering menjadi bualan netizen lebih-lebih lagi ketika dia tidak mengenakan sebarang solekan.