Skip to main content

Viral

Pencipta Lagu BTS, TOMORROW X TOGETHER, ENHYPEN Tulis Lagu Baharu Untuk ALPHA

ALPHA BTS

Sekilas

  • Kumpulan M-Pop ALPHA dedahkan lagu Burn It Down dalam album debut mereka The First Wave yang hasil kerjasama penulis lagu terkenal K-Pop, Daniel Caesar dan Candace Sosa.
  • Lagu ini dirakam ketika latihan intensif ALPHA di Korea Selatan dan proses rakamannya boleh ditonton dalam program ALPHA Dreams Unlocked: Seoul Chapter di Astro Go.
  • Album debut The First Wave dijangka dilancarkan di semua platform digital pada 15 Jun depan.

Kumpulan M-Pop ALPHA terus mencuri perhatian apabila mendedahkan salah satu lagu dalam album debut mereka, The First Wave, yang melibatkan penulis lagu terkenal di sebalik beberapa hits K-Pop antarabangsa.

Lagu berjudul Burn It Down itu menampilkan kerjasama bersama dua penulis lagu terkenal, Daniel Caesar dan Candace Sosa yang sebelum ini banyak menghasilkan lagu untuk artis K-Pop popular dunia.

Daniel antara individu yang pernah menulis lagu untuk BTS menerusi lagu Run BTS dan Moon, selain terlibat dalam penghasilan lagu kumpulan lain seperti TOMORROW X TOGETHER menerusi Loser=Lover, ITZY (ICY), ENHYPEN (Tamed-Dashed) dan Red Velvet menerusi Zimzalabim.

Sementara itu, Candace pula dikenali sebagai antara penulis di sebalik beberapa lagu ikonik BTS termasuk Euphoria, Magic Shop, Mikrokosmos dan Love Maze.

Malah, Candace turut menghasilkan lagu untuk TOMORROW X TOGETHER menerusi New Rules selain kumpulan TWICE dengan lagu Depend On You.

 

Menariknya, Burn It Down dirakam oleh ALPHA ketika mereka menjalani latihan intensif di Korea Selatan pada penghujung tahun lalu.

Proses rakaman lagu tersebut turut dipaparkan menerusi program ALPHA Dreams Unlocked: Seoul Chapter yang kini boleh distrim di Astro Go.

ALPHA yang dianggotai Daniel, Izat, Rizal, Ariel, Ray-D, Araff dan Sky ditubuhkan selepas pertandingan Big Stage Alpha tahun lalu.

Untuk rekod, album debut mereka The First Wave dijangka dilancarkan di semua platform digital pada 15 Jun depan.

Anda mungkin berminat dengan

MKshop korean straight cut pants men casual sports pants ice slik drawstring pants seluar casual lelaki bertali [K30]

MKshop korean straight cut pants men casual sports pants ice slik drawstring pants seluar casual lelaki bertali [K30]

Kikilala Baby Boy Suit Sets World Cup BSB587

Kikilala Baby Boy Suit Sets World Cup BSB587

adidas Lifestyle adidas Rekive Tee Men Black HZ0747

adidas Lifestyle adidas Rekive Tee Men Black HZ0747

adidas Adicolor Trefoil T-Shirt - Brown

adidas Adicolor Trefoil T-Shirt - Brown

JDT Worldwide 1070

JDT Worldwide 1070

PUMA MEN S GRAPHIC TEE PUMA FIT PUMA Black 52419801

PUMA MEN S GRAPHIC TEE PUMA FIT PUMA Black 52419801

Must Watch Video

Advertisement