Sekilas
- Ustaz Riza Muhammad dari Indonesia tular selepas berkongsi bahawa dia mempunyai sehingga 30 pembantu rumah untuk memudahkan urusan isterinya, Indri Giana.
- Riza menjelaskan prinsip memuliakan isteri berdasarkan surat An-Nisa ayat 19 dan memastikan rumahnya sentiasa bersih seperti hotel dengan bantuan pembantu rumah tersebut.
- Selain mengurus rumah, pembantu rumah juga menjaga ibunya, kebun, kolam renang, dan memasak, manakala isteri hanya memberi komen ringkas "Enak" mengenai tanggungjawab suaminya.
Seorang pendakwah bebas Indonesia, Ustaz Riza Muhammad sempat menjadi tular apabila mengakui memiliki sehingga 30 orang pembantu rumah yang dikhaskan untuk memudahkan urusan isterinya, Indri Giana.
Dalam satu video pendek yang menjadi FYP di media sosial, Riza, 47, memberitahu dia menyediakan sehingga 30 pembantu rumah kerana memegang prinsip untuk memuliakan isterinya.
Akui Riza, dia juga berpegang pada surat An-Nisa ayat 19.
"Muliakan istrimu," kata Riza singkat seperti dilaporkan Kompas.
Lelaki itu kemudian menjelaskan dia memuliakan isteri yang telah ‘diambil’ daripada ibu dan bapa sebelum ini dan menjadi tanggungjawab buatnya memberi kebahagiaan kepada amanah yang diberikan.
"Dibawa dari ibu bapa, bahagia bersama ibu bapa, harusnya, idealnya lebih bahagia bersama suami. Jangan sampai bahagia dengan ibu bapa, kita bawa malah menderita. Itu prinsip yang tidak benar dalam pernikahan," ujarnya lagi.
Sementara itu menjawab apa sahaja tanggungjawab atau kerja yang dilakukan 30 pembantu rumah tersebut, Riza mengatakan dia memastikan setiap inci kediamannya perlu dibersihkan setiap hari.
“Permaidani perlu divakum setiap hari, bilik juga. Malah boleh saya katakan perlu lebih bersih daripada hotel,” akuinya.
Selain itu, dia menggunakan sehingga 30 pembantu rumah untuk menguruskan ibunya, membersihkan ko,am renang, menjaga kebun sehingga tukang masak.
Mendapat semua kemewahan yang didambakan kebanyakan suri rumah, si isteri hanya mengulas pendek.
“Enak,” kata Indri mengenai sikap tanggungjawab suaminya.