Skip to main content

Jenayah

Penerbit Dipenjara 146 Tahun, Beri Model Dadah Sehingga Mati

Christy Giles

Seorang penerbit di Hollywood, David Brian Pearce, 42, dijatuhi hukuman penjara 146 tahun selepas memberi dadah secara berlebihan kepada seorang model dan rakannya pada tahun 2021.

Pearce didapati bersalah dengan darjah kesalahan kelas pertama kerana membunuh dua wanita iaitu model Christy Giles, 24, dan Hilda Cabrales Arzola, 26, yang merupakan seorang arkitek dengan cara memberi dadah secara berlebihan.

Advertisement

Lelaki itu juga dijatuhi hukuman bersalah merogol dan melakukan keganasan seks terhadap tujuh wanita lain di antara tahun 2007 dan 2021, menurut dokumen yang dikeluarkan
Los Angeles County District, lapor People.

“Defendan merupakan seorang perogol dan kini menjadi pembunuh,” ujar pendakwaraya.

Hukuman penerbit itu dijatuhi pada Februari 2025.

Menurut kronologi kes, Pearce bertemu Giles dan Arzola di sebuah parti yang diadakan di Barat Los Angeles pada 13 November 2021.

Beberapa jam kemudian kedua wanita itu menemani Pearce pulang ke kediamannya dan telah diberikan dadah jenis GHB dan Fentanil.

Selepas melakukan jenayah, Pearce dengan bantuan rakannya, pelakon Brandt Osborn meninggalkan Giles dan rakannya di dua hospital berbeza.

Giles bagaimanapun ditemui telah meninggal dunia di luar hospital kerana penggambilan GHB, ketamin, kokain dan fentanil yang berlebihan.

Arzola pula ditemui tidak sedarkan diri di luar Kaiser Permanente West Los Angeles Medical Center. Dia didapati menderita pelbagai organ dalaman kerana pengambilan kokain, ecstasy dan beberapa jenis dadah lain secara berlebihan.

Must-Watch Video

Advertisement