Skip to main content

Hiburan

Pengarah Tempatan Poh Si Teng Teruja 'American Doctor' Mula Tayangan Di Amerika Ogos Ini

Pengarah Tempatan Poh Si Teng Teruja 'American Doctor' Mula Tayangan Di Amerika Ogos Ini

Sekilas

  • Dokumentari arahan pengarah Malaysia, Poh Si Teng, bertajuk American Doctor akan ditayangkan di pawagam Amerika Utara mulai Ogos ini selepas mendapat sambutan hangat di Festival Filem Dokumentari New York.
  • American Doctor mengisahkan tiga doktor sukarelawan dari Amerika Syarikat yang berkhidmat di hospital di Gaza semasa serangan ketenteraan dan perjuangan mereka selepas pulang ke Amerika memberi keterangan kepada ahli politik dan media.
  • Dokumentari ini telah meraih pelbagai anugerah antarabangsa termasuk Anugerah Pilihan Penonton di Festival Filem Sydney dan Anugerah Khas Hak Asasi Manusia di CPH:DOX, menjadikan Poh antara pembikin filem Malaysia paling berjaya di peringkat global.
Advertisement

Pengarah kelahiran Malaysia, Poh Si Teng terus mengharumkan nama negara apabila dokumentari arahannya, American Doctor kini bersedia menemui penonton di pawagam seluruh Amerika Utara bermula Ogos ini.

Menerusi perkongsian dalam Instagram, Poh meluahkan rasa syukur selepas tayangan perdana dokumentari tersebut di Festival Filem Dokumentari New York (DOC NYC) mendapat sambutan menggalakkan.

 

 “Takungan memori indah untuk membawa kami mengharungi waktu-waktu sukar.

“Terima kasih kepada semua yang hadir pada tayangan perdana kami di New York. Terima kasih juga kepada semua penerbit eksekutif dan rakan-rakan yang memberi sokongan sehingga filem ini berjaya disiapkan.

“Kini kami benar-benar bersedia untuk tayangan di pawagam. Jumpa anda bermula 11 Ogos,” katanya.

Lebih membanggakan, American Doctor bukan sahaja diarahkan oleh anak Malaysia yang pernah dicalonkan Anugerah Oscar, malah dokumentari tersebut turut meraih pelbagai pengiktirafan antarabangsa sebelum menemui penonton umum.

Naskhah itu mengangkat kisah tiga doktor sukarelawan dari Amerika Syarikat yang mempertaruhkan nyawa berkhidmat di hospital-hospital di Gaza ketika wilayah berkenaan dibedil serangan ketenteraan.

Dokumentari tersebut mengikuti perjalanan Dr. Mark Perlmutter yang berketurunan Yahudi, Dr. Thaer Ahmad, rakyat Amerika berketurunan Palestin serta Dr. Feroze Sidhwa, rakyat Amerika berketurunan Pakistan.

Selain memaparkan usaha mereka menyelamatkan kanak-kanak Palestin yang cedera akibat peperangan, dokumentari berkenaan turut merakam perjuangan ketiga-tiga doktor itu selepas pulang ke Amerika Syarikat apabila tampil memberi keterangan kepada ahli politik dan media mengenai situasi sebenar yang disaksikan di Gaza.

Malah, mereka secara terbuka menggesa kerajaan Amerika Syarikat menghentikan sokongan ketenteraan kepada Israel.

Sebelum ini, Poh pernah menerima pencalonan Anugerah Oscar menerusi dokumentari pendek St. Louis Superman selain memenangi Anugerah Emmy, meletakkannya antara pembikin filem Malaysia paling berjaya di pentas antarabangsa.

Diterbitkan bersama Kirstine Barfod dan Reem Haddad, American Doctor turut memenangi Anugerah Pilihan Penonton di Festival Filem Sydney, Australia serta Biografilm Festival di Bologna, Itali selain menerima Anugerah Khas kategori Hak Asasi Manusia di CPH:DOX, Copenhagen.

Dokumentari tersebut akan memulakan tayangan di New York dan Toronto pada 14 Ogos sebelum diperluaskan ke Los Angeles, San Francisco, San Diego, Atlanta serta beberapa bandar lain di Amerika Utara sepanjang September ini.

Advertisement

 

Anda mungkin berminat dengan

Nike Paris Saint-Germain Bucket Hat

Nike Paris Saint-Germain Bucket Hat

adidas Football AFA ARGENTINA BACKPACK Unisex Blue KE1386

adidas Football AFA ARGENTINA BACKPACK Unisex Blue KE1386

Stoned World Cup Series : Germany

Stoned World Cup Series : Germany

adidas Football Spain 26 Away Jersey Men White JN4397

adidas Football Spain 26 Away Jersey Men White JN4397

NEW Arai Tour-X5 Honda Africa Twin (LIMITED EDITION)

NEW Arai Tour-X5 Honda Africa Twin (LIMITED EDITION)

ADIDAS TRIONDA SPAIN AWAY CLUB FOOTBALL

ADIDAS TRIONDA SPAIN AWAY CLUB FOOTBALL

Must Watch Video

Advertisement