Skip to main content

Hiburan

Pengurus Siti Nurhaliza Kongsi Gambar Surat Dari Mendiang Chester Bennington 21 Tahun Lalu - “Dear Ms Siti, Please…”

Pengurus Siti Nurhaliza Kongsi Gambar Surat Dari Mendiang Chester Bennington 21 Tahun Lalu - “Dear Ms Siti, Please…”

Sekilas

  • Rozi Abd Razak, pengurus Datuk Seri Siti Nurhaliza, menemui semula surat lama daripada mendiang vokalis Linkin Park, Chester Bennington, yang ditulis 21 tahun lalu.
  • Surat tersebut mengandungi pesanan ringkas daripada Chester agar Siti memakai topi ketika membuat persembahan pada malam acara bersama Linkin Park.
  • Perkongsian ini mengimbau kembali kenangan lama Siti bersama Chester yang meninggal dunia pada 2017.
Advertisement

Pengurus kepada Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza iaitu Rozi Abd Razak berkongsi semula surat lama yang Siti daripada mendiang vokalis Linkin Park, Chester Bennington, 21 tahun lalu.

Menurut Rozi, surat tersebut ditemuinya semula ketika sedang mengemas beberapa bulan lalu.

Advertisement

Perjelas Rozi, surat tersebut diterimanya dan Siti sewaktu mereka berada dalam satu acara yang turut membabitkan kumpulan Linkin Park.

“Beberapa bulan lalu, saya ada cerita perkara ini sewaktu live bersama Siti. Tengah kemas-kemas, saya jumpa semula surat dari mendiang Chester (Linkin Park) 21 tahun yang lalu.

“Surat ni sampai ke bilik hotel saya dan Siti. Saya simpan sampai sekarang.

“Disclaimer: Mengimbau sahaja tiada tujuan lain,” tulisnya.

Menerusi surat yang ditulis, dapat dilihat Chester menitipkan pesanan ringkas kepada Siti untuk memakai topi ketika membuat persembahan pada malam berkenaan.

“Dear Ms. Siti Nurhaliza Binte Tarudin,

“Please try to wear the cap tonight when you are on stage.

“Thank You, Chester/Linkin Park,” isi surat berkenaan.

Perkongsian itu sekali gus mengimbau kembali kenangan lama Siti bersama mendiang Chester yang kemudiannya menghembuskan nafas terakhir pada 2017 yang lalu.

Sumber: Threads

Anda mungkin berminat dengan

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

Must Watch Video

Advertisement