Skip to main content

Viral

Pengurusan Zarif Ghazzi Nafi Dakwaan Salah Laku, Buat Laporan Polis & Lantik Peguam

Pengurusan Zarif Ghazzi Nafi Dakwaan Salah Laku, Buat Laporan Polis & Lantik Peguam

Sekilas

  • Pihak pengurusan Zarif Ghazzi menafikan sebarang dakwaan salah laku yang dikaitkan dengan artis mereka dan menegaskan Zarif sentiasa mengutamakan profesionalisme dan integriti.
  • Satu laporan polis telah dibuat dan wakil peguam dilantik untuk meneliti tindakan perundangan yang sesuai berhubung isu tersebut.
  • Mereka menyeru masyarakat dan media agar tidak menyebarkan maklumat tidak sahih atau spekulasi yang boleh menjejaskan reputasi individu terlibat dan menyerahkan perkara ini kepada pihak berkuasa.
Advertisement

Pihak pengurusan pelakon, Zarif Ghazzi tampil mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung isu dan dakwaan salah laku yang sedang diperkatakan serta dikaitkan dengan artis di bawah naungan mereka.

Menerusi kenyataan pada Rabu, pihak pengurusan memaklumkan bahawa mereka mengambil serius perkara berkenaan, selain menegaskan bahawa Zarif menafikan sebarang dakwaan yang dikaitkan dengan dirinya.

Advertisement

“Pertama sekali, pihak pengurusan Zarif Ghazzi mengambil maklum dan memandang serius isu serta dakwaan yang sedang diperkatakan melibatkan artis di bawah pengurusan kami.

“Untuk makluman, Zarif Ghazzi dengan tegas menafikan sebarang dakwaan salah laku yang dikaitkan atau yang mungkin ditafsirkan sebagai merujuk kepada dirinya, sama ada secara langsung, tidak langsung mahupun melalui sebarang bentuk innuendo,” menurut kenyataan tersebut.

Dalam masa sama, pihak pengurusan turut mempertahankan reputasi Zarif dengan menegaskan bahawa artis berkenaan sentiasa mengutamakan profesionalisme dan integriti sepanjang pembabitannya dalam industri hiburan.

“Zarif Ghazzi sentiasa berpegang kepada konsep profesionalisme, integriti dan sentiasa hormat dalam setiap urusan beliau sepanjang penglibatan beliau dalam industri seni hiburan,” jelas kenyataan itu.

Susulan isu berkenaan, pihak pengurusan turut mengesahkan bahawa satu laporan polis telah dibuat dan wakil peguam sudah dilantik bagi mendapatkan nasihat serta meneliti tindakan perundangan yang bersesuaian.

“Sehubungan itu, satu laporan polis telah dibuat dan wakil peguam telah dilantik bagi mendapatkan nasihat serta meneliti tindakan perundangan yang bersesuaian,” katanya.

Advertisement

Pihak pengurusan turut mengingatkan masyarakat, termasuk pihak media, agar tidak menyebarkan sebarang maklumat yang belum disahkan atau membuat spekulasi yang boleh menjejaskan reputasi dan maruah individu terlibat.

“Kami menyeru semua pihak, termasuk pihak media dan masyarakat, agar tidak menyebarkan maklumat yang belum disahkan atau membuat spekulasi yang boleh menjejaskan reputasi, maruah dan hak mana-mana individu yang terlibat,” menurut kenyataan tersebut.

Sementara itu, pihak pengurusan memaklumkan bahawa perkara berkenaan kini diserahkan kepada pihak berkuasa dan saluran perundangan yang sewajarnya.

“Buat masa ini, kami menyerahkan perkara ini kepada pihak berkuasa dan saluran perundangan yang sewajarnya. Sehubungan itu, pihak kami tidak akan mengulas lanjut mengenai perkara yang masih dalam penelitian,” jelasnya.

Pihak pengurusan turut menghargai perhatian dan sokongan semua pihak serta berharap agar proses sewajarnya diberikan ruang untuk berjalan secara adil dan profesional.

Terdahulu, seorang pelakon wanita mendedahkan rasa kurang senang terhadap sikap seorang pelakon lelaki yang didakwa sengaja bergesel dengannya tanpa sebab ketika penggambaran.

Pelakon wanita itu mendakwa dia terpaksa mengambil pendekatan untuk berjumpa dengan pengarah bagi meminta agar babak membabitkan sentuhan fizikal dikurangkan selepas mendakwa aktor berkenaan berulang kali cuba mengambil kesempatan.

Anda mungkin berminat dengan

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Mofusand x Sanrio Family Plush Mini Keychain - Cute Gift

Mofusand x Sanrio Family Plush Mini Keychain - Cute Gift

adidas Football WORLD CUP OFFICIAL EMBLEM CAP Unisex Black KE7368

adidas Football WORLD CUP OFFICIAL EMBLEM CAP Unisex Black KE7368

adidas Football Germany 26 Home Jersey Men White KD8363

adidas Football Germany 26 Home Jersey Men White KD8363

POP MART Residents of Bikini Bottom-Whimsical Plush Part2 Blind Box (Whole Set)

POP MART Residents of Bikini Bottom-Whimsical Plush Part2 Blind Box (Whole Set)

adidas Football Manchester United 25/26 Third Jersey Men Black KD4225

adidas Football Manchester United 25/26 Third Jersey Men Black KD4225

Must Watch Video

Advertisement