Skip to main content

Hiburan

Penonton Makin Suka Tunggu Filem Keluar Di Platform Penstriman? Liyana Jasmay; - “Ia Bukan Satu Isu Sebab…”

Penonton Makin Suka Tunggu Filem Keluar Di Platform Penstriman? Liyana Jasmay; - “Ia Bukan Satu Isu Sebab…”

Sekilas

  • Liyana Jasmay tidak melihat penonton yang memilih platform penstriman seperti Netflix sebagai ancaman besar kepada industri pawagam tempatan.
  • Beliau menegaskan tidak semua filem Melayu akan ditayangkan di Netflix dan ada juga yang hanya boleh ditonton melalui aplikasi berbayar lain.
  • Liyana percaya budaya menonton di pawagam masih kuat di Malaysia kerana pengalaman menonton di wayang menawarkan suasana dan keseronokan tersendiri.
Advertisement

Pengarah dan pelakon Liyana Jasmay tidak melihat kecenderungan sesetengah penonton yang memilih menunggu filem ditayangkan di platform penstriman seperti Netflix sebagai satu cabaran besar kepada industri pawagam.

Menurut Liyana, tidak semua filem tempatan akan mendapat tempat di Netflix, malah ada juga karya yang hanya ditayangkan menerusi platform lain yang memerlukan langganan berbayar.

Advertisement

“Bukan semua filem masuk Netflix. Belum tentu lagi semua filem Melayu masuk Netflix.

“Banyak lagi filem yang tak masuk Netflix ataupun masuk dekat aplikasi lain yang kita kena bayar,” katanya.

Jelas Liyana, pengalaman menonton di pawagam masih mempunyai tarikan tersendiri terutama bagi mereka yang mahu menikmati elemen debaran dan keseronokan sesebuah filem dalam suasana berbeza.

Advertisement

“Saya tak rasa benda itu sebagai penghalang.

“Bila pergi ke pawagam, orang nak rasa suspense atau thrill dalam wayang. Pergi tengok wayang juga satu aktiviti, macam keluar berjalan-jalan dan boleh jadi aktiviti untuk keluarga,” ujarnya.

Dalam masa sama, Liyana memahami terdapat golongan yang lebih selesa menonton filem dari rumah disebabkan kekangan tertentu termasuk komitmen keluarga.

Katanya, tidak adil untuk menyalahkan penonton yang memilih platform penstriman kerana setiap individu mempunyai keadaan berbeza.

“Orang yang duduk di rumah tengok Netflix mungkin memang tak boleh keluar, mungkin ibu sepenuh masa.

“Kita tak boleh marah mereka juga sebab mungkin tak ada masa atau susah nak keluar. Kalau jaga lima anak yang semuanya kecil, saya faham,” katanya.

Bagaimanapun, Liyana percaya budaya menonton filem di pawagam masih kuat dalam kalangan rakyat Malaysia.

“Jadi bagi saya, ia bukan satu isu sebab rakyat Malaysia memang suka tengok filem. Ramai sangat orang Malaysia suka pergi wayang,” katanya.

Terbaharu, Liyana tampil dengan filem sulung arahannya, Pemuja Syaitan yang mengetengahkan genre seram ‘teen slasher’.

Filem berlatar sekitar tahun 1996 dan 1997 itu menampilkan Zul Ariffin, Aila Azizul, Nadhir Nasar dan Elizabeth Tan sebagai teraju utama.

Anda mungkin berminat dengan

adidas Football Manchester United 24/25 Third Jersey Men White IY7806

adidas Football Manchester United 24/25 Third Jersey Men White IY7806

Nike Paris Saint-Germain Bucket Hat

Nike Paris Saint-Germain Bucket Hat

ℕ𝔼𝕋𝔽𝕃𝕀𝕏 𝔸ℂℂ𝕆𝕌ℕ𝕋 PC/SMART TV ONLY 1/3/6 MONTHS 4K ULTRA HD SUBSCRIPTION ORIGINAL READ FIRST

ℕ𝔼𝕋𝔽𝕃𝕀𝕏 𝔸ℂℂ𝕆𝕌ℕ𝕋 PC/SMART TV ONLY 1/3/6 MONTHS 4K ULTRA HD SUBSCRIPTION ORIGINAL READ FIRST

Buku Fixi Novel Bestseller Kacau Ariff Adly (Edisi 2024)

Buku Fixi Novel Bestseller Kacau Ariff Adly (Edisi 2024)

adidas Football Manchester United 25/26 Third Jersey Men Black KD4225

adidas Football Manchester United 25/26 Third Jersey Men Black KD4225

ADIDAS TRIONDA SPAIN AWAY CLUB FOOTBALL

ADIDAS TRIONDA SPAIN AWAY CLUB FOOTBALL

Must Watch Video

Advertisement