Skip to main content
Advertisement

Hiburan

Penonton Tak Senang Duduk Fikirkan ‘Scene’ Berbisik Dalam Malaikat Malam - “Apa Dibisikkan Ratna Kepada Azam Tu?”

Malaikat Malam

Sekilas

  • Filem Malaikat Malam terbitan Viper Studios, Skop Productions, Astro Shaw dan Primeworks mendapat perhatian ramai dengan jalan cerita dan lakonan mantap Syafiq Kyle serta Tracie Sinidol.
  • Satu babak bisikan antara watak Azam dan Ratna menjadi tanda tanya dalam kalangan penonton di media sosial, menimbulkan pelbagai spekulasi.
  • Tiket filem ini sudah boleh didapati di pawagam seluruh Malaysia, dengan perkembangan terkini boleh diikuti melalui media sosial rasmi produksi terbabit.
Advertisement

Filem terbaharu terbitan Viper Studios dengan kerjasama Skop Productions, Astro Shaw dan Primeworks terus mendapat perhatian dan menjadi bualan penonton di media sosial.

Selain menerima pujian dari segi jalan cerita dan gandingan pelakon, terdapat satu babak dalam filem ini turut menjadi siulan dan menimbulkan persoalan dalam kalangan penonton.

Advertisement

Menerusi satu perkongsian di Threads, seorang penonton meluahkan rasa ingin tahu terhadap satu babak yang melibatkan dua watak utama, Azam dan Ratna lakonan Syafiq Kyle dan Tracie Sinidol yang dilihat berbisik antara satu sama lain.

“Kepada tuan pengarah movie Malaikat Malam. Apa yang Azam dengan Ratna bisikan tu. Adoi… gantung mat! Ke aku yang tak faham,” tulis individu berkenaan.

“Masalahnya apa yang dibisik antara Azam & Ratna? Ke aku yang blur tak faham apa-apa ni?,” tulis seorang lagi warganet.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut tertanya-tanya dan menyifatkan babak itu sebagai satu tanda tanya yang tidak mempunyai jawapan.

Sekadar info, Malaikat Malam mengisahkan perjalanan hidup seorang ‘mat motor’ bernama Azam yang secara tidak sengaja melanggar seorang gadis buta, Ratna. Ia menjadi titik perubahan besar dalam hidupnya. Namun, apabila dendam lama, pengkhianatan dan tragedi mula menghimpit, Azam terpaksa berdepan dengan realiti yang tidak dapat dielakkan. 

Filem yang mendapat sentuhan pengarah muda, Nazifdin Nasrudin menampilkan pelakon versatil Syafiq Kyle sebagai Azam, seorang pelumba jalanan dengan konflik emosi di sebalik kehidupan berisiko. Menerusi watak Azam, Syafiq Kyle buat pertama kalinya menyahut cabaran membawakan karakter seorang ‘mat rempit’, memperlihatkan transformasi lakonan yang lebih berani dan berbeza daripada penampilan sebelum ini. 

Turut menampilkan barisan pelakon mantap, termasuk Tracie Sinidol sebagai gadis buta, yang membawa dimensi tersendiri kepada cerita, serta kemunculan semula Que Haidar ke layar perak yang dinantikan ramai. Pelakon lain yang mencuri tumpuan ialah Amir Nafis, Kodi Rasheed, Juzzthin, Akmal Asyraf dan Riezman Khuzaimi, yang menjanjikan kombinasi watak yang bertanaga dan meninggalkan kesan. 

Tiket filem Malaikat Malam sudah boleh didapatkan di seluruh pawagam berdekatan anda bermula hari ini. Gunakan #MalaikatMalam2026 di semua platform digital dan ikuti perkembangan dan info terkini filem di akaun media sosial Viper Studios, Skop Productions, Astro Shaw, Primeworks Studios.

Anda mungkin berminat dengan

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

T7 Baby T-Shirt Youth in Poised Pink by PUMA, 15-16Y

T7 Baby T-Shirt Youth in Poised Pink by PUMA, 15-16Y

adidas Football Manchester United 25/26 Pre Match Jersey Men Black KA6419

adidas Football Manchester United 25/26 Pre Match Jersey Men Black KA6419

现货 kissy 新款无痕聚拢无钢圈内衣 反重力提拉 收副乳 KISSY New Seamless Push Up Bra Wireless Soft Support Anti Gravity Tummy Control Back Smoothing Fixed Cup

现货 kissy 新款无痕聚拢无钢圈内衣 反重力提拉 收副乳 KISSY New Seamless Push Up Bra Wireless Soft Support Anti Gravity Tummy Control Back Smoothing Fixed Cup

Kikilala Baby Boy Suit Sets World Cup BSB584

Kikilala Baby Boy Suit Sets World Cup BSB584

GRAPHIC Super PUMA Pocket T-Shirt Men in Dusky Gray, L

GRAPHIC Super PUMA Pocket T-Shirt Men in Dusky Gray, L

Must Watch Video

Advertisement