Skip to main content

Selebriti

PENTARAMA Merdeka@HOHO Semarakkan Sambutan Hari Kebangsaan & Hari Malaysia 2026 Di Kuala Lumpur

PENTARAMA Merdeka@HOHO Semarakkan Sambutan Hari Kebangsaan & Hari Malaysia 2026 Di Kuala Lumpur

Sekilas

  • Jabatan Penerangan Malaysia (JAPEN) mengadakan program PENTARAMA Merdeka@HOHO menggunakan bas KL Hop-OnHop-Off untuk sambut Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2026.
  • Program ini melibatkan dua siri jelajah di Kuala Lumpur dengan persembahan artis budaya dan pemuzik secara langsung, menyasarkan lebih 4,000 peserta.
  • Jalur Gemilang diedarkan kepada orang awam sebagai sebahagian daripada inisiatif 1 Rumah 1 Jalur Gemilang untuk galakkan pengibaran bendera.
Advertisement

Jabatan Penerangan Malaysia (JAPEN) terus mempergiat usaha menyemarakkan sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2026.

Sambutan itu disemarakkan menerusi program PENTARAMA Merdeka@HOHO yang berlangsung dibeberapa lokasi tumpuan sekitar bandar raya Kuala Lumpur.

Advertisement

Program berkonsepkan jelajah bandar raya menggunakan bas dua tingkat KL Hop-OnHop-Off (KL HOHO) itu menyasarkan penglibatan lebih 4,000 khalayak menerusi dua siri pelaksanaan dengan membawakan persembahan artis budaya dan pemuzik PENTARAMA secara langsung.

Siri pertama pada 22 Ogos 2026 bermula di SOGO Kuala Lumpur, seterusnya ke Menara Berkembar Petronas dan berakhir di Pavilion Kuala Lumpur.

Manakala, siri kedua yang dijadualkan berlangsung pada 12 September 2026 akan bermula di Dataran Merdeka, diikuti Sungei Wang Plaza dan berakhir di Pavilion Kuala Lumpur.

Selain persembahan, Jalur Gemilang turut diedarkan kepada orang awam bagi menggalakkan pengibaran bendera menerusi Inisiatif 1 Rumah 1 Jalur Gemilang (1R1JG) di bawah JAPEN.

Program PENTARAMA Merdeka@HOHO mula diperkenalkan pada tahun 2024 dan diteruskan sehingga tahun ini sebagai salah satu program sisipan HKHM 2026 yang membawa mesej patriotisme, kebersamaan dan perpaduan kepada masyarakat.

Turut hadir sama, Ketua Pengarah JAPEN, Erwin Khairul Ahmad.

Anda mungkin berminat dengan

Grace and Glow Daisy Hair Vitamin Mist - Hair Perfume Serum Volumizing Spray Anti Rambut Kusut with Keratin

Grace and Glow Daisy Hair Vitamin Mist - Hair Perfume Serum Volumizing Spray Anti Rambut Kusut with Keratin

Luxurious Extra Hold Hair Spray 100ml 420ml (For West Malaysia Only) Travel Mini Hair Spray

Luxurious Extra Hold Hair Spray 100ml 420ml (For West Malaysia Only) Travel Mini Hair Spray

Related Topics

Must Watch Video

Advertisement