Skip to main content

Hiburan

Penuh Misteri & Kod Rahsia! Ini Sebab Anda Kena Kenal Dunia ‘CHELOT’

CHELOT

Sekilas

  • Filem CHELOT mengisahkan dunia kepolisan dengan fokus pada pemburuan sindiket penyeludupan senjata selepas operasi PDRM gagal dan mengorbankan anggota.
  • Watak utama Inspektor Haqqim, lakonan Shukri Yahaya, ditugaskan menjejaki dalang sindiket yang diketuai Dato’ Bakri lakonan Shaheizy Sam.
  • Filem ini menampilkan aksi mendebarkan serta sisi kehidupan peribadi anggota polis dan akan ditayangkan di pawagam mulai 27 Ogos.
Advertisement

Bagi yang pertama kali mendengar perkataan ‘CHELOT’, mungkin ramai yang tertanya-tanya apa sebenarnya maksud di sebalik tajuk filem arahan pengarah hebat, Adrian Teh itu.

 

Advertisement

CHELOT membawa penonton menyelami dunia kepolisan yang penuh dengan operasi berbahaya, kod rahsia, pengkhianatan serta pemburuan sebuah sindiket penyeludupan senjata.

 

Lebih menarik, filem ini bukan sekadar mengetengahkan aksi polis menumpaskan penjenayah, sebaliknya turut memperlihatkan sisi kehidupan anggota penguat kuasa yang terpaksa berdepan tekanan kerjaya dalam masa sama menguruskan kehidupan peribadi.

 

Secara ringkasnya, CHELOT mengisahkan pemburuan sebuah sindiket penyeludupan senjata selepas satu operasi besar Polis Diraja Malaysia (PDRM) gagal dan mengorbankan beberapa anggota.

 

Kegagalan tersebut menjadi titik permulaan kepada satu misi lebih besar apabila Inspektor Haqqim, lakonan Shukri Yahaya, ditugaskan untuk menjejaki dalang di sebalik sindiket berkenaan.

 

Dalam usaha membongkar rangkaian jenayah itu, Haqqim perlu berdepan dengan Dato’ Bakri, lakonan Shaheizy Sam, yang merupakan ketua sindiket berkenaan bersama orang kanannya, Azraf yang dilakonkan Beto Kusyairy.

 

CHELOT menjanjikan sebuah dunia yang penuh teka-teki dan mendebarkan dengan elemen kepolisan, kod rahsia, sindiket penyeludupan senjata dan permainan antara pemburu dengan yang diburu.

 

Jadi, jangan sekadar tertanya-tanya “CHELOT tu apa?” — sebaliknya bersedia untuk menyelami dunia CHELOT dan mengikuti misi Haqqim membongkar sindiket yang mengancam keselamatan negara.

 

Filem yang dibarisi pelakon hebat antaranya Shukri Yahaya, Beto Kusyairy, Shaheizy Sam, Azhan Rani dan ramai lagi akan ditayangkan di pawagam pada 27 Ogos nanti.

Anda mungkin berminat dengan

adidas Football Manchester United 25/26 Third Jersey Men Black KD4225

adidas Football Manchester United 25/26 Third Jersey Men Black KD4225

adidas Football Germany 26 Home Fan Jersey Men White JZ4556

adidas Football Germany 26 Home Fan Jersey Men White JZ4556

POH KONG 999.9/24K Malaysia Gold Wafer Coin

POH KONG 999.9/24K Malaysia Gold Wafer Coin

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Kikilala Baby Boy Suit Sets World Cup BSB584

Kikilala Baby Boy Suit Sets World Cup BSB584

Skechers Unisex CNY Short Sleeve Tee

Skechers Unisex CNY Short Sleeve Tee

Must Watch Video

Advertisement