Skip to main content

Selebriti

Penyambung Legasi Seni Bapa, Zaki Yamani & Ahmad Merrah Tampil Dengan Single Raya, ‘Raya Tak Nak Single’

Zaki Merrah

Sekilas

  • Single raya terbaru berjudul ‘Raya Tak Nak Single’ dilancarkan hasil kolaborasi Zaki Yamani dan Ahmad Merrah, anak kepada legenda muzik tanah air.
  • Lagu ini menampilkan muzik segar dan santai, sesuai dengan semangat raya moden yang dekat dengan generasi muda hari ini.
  • Video muziknya menggabungkan elemen sinematik klasik dan moden, dengan lakonan yang menghormati legasi seni bapa mereka serta penampilan khas artis Sony Music Malaysia, Nazu.

Industri muzik tanah air bakal diserikan dengan kemunculan single raya terbaharu berjudul ‘Raya Tak Nak Single’, hasil kolaborasi dua figura generasi baharu iaitu Zaki Yamani dan Ahmad Merrah.

‘Raya Tak Nak Single’ merupakan lagu ciptaan bersama Emeer Bakri dan Amsyar Razqa, danditerbitkan menerusi kerjasama antara A>Cap Music dan Sony Music Malaysia.

Lagu ini mengetengahkan warna muzik yang segar, santai dan penuh karakter, sesuai dengan semangat perayaan yang lebih moden dan dekat dengan generasi hari ini.

Pada usia 20 tahun dan 19 tahun, Zaki Yamani dan Ahmad Merrah membuktikan bahawa legasi seni bukan sekadar diwarisi tetapi perlu diterjemahkan dengan identiti dan suara sendiri.

Zaki merupakan anak kepada legenda Datuk Jamal Abdillah, manakala Merrah adalah anak kepada Datuk Awie.

Namun projek ini menampilkan mereka sebagai bakat muda yang berdiri atas kapasiti sendiri.

Menurut Zaki, projek lagu raya itu merupakan satu penghormatan buat dirinya.

“Projek ini sangat dekat di hati saya. Ia bukan sekadar lagu raya, tetapi satu penghormatan kepada perjalanan seni keluarga saya.

“Pada masa sama, saya mahu generasi sekarang lihat bahawa kami juga ada identiti sendiri,” katanya ketika ditemui media.

Sementara itu, Merrah berkata, projek berkenaan telah memberi peluang kepada dirinya untuk lebih mengenali dunia seni.

“Ini kali pertama saya masuk ke dunia rakaman dan berlakon dalam video muzik dengan konsep yang begitu bermakna.

“Ia satu pengalaman yang membuka ruang baharu dalam perjalanan seni saya,” ujarnya.

Menariknya tentang single ini, video muzik ‘Raya Tak Nak Single’ menjadi elemen istimewa dalam projek berkenaan apabila kedua-dua artis melakonkan watak yang diinspirasikan daripada karakter filem lakonan bapa masing-masing.

Lakonan itu merupakan satu penghormatan simbolik terhadap legasi seni yang membesarkan mereka.

Diarahkan oleh Esham, video muzik ini menggabungkan elemen sinematik klasik dan pendekatan visual moden yang sesuai dengan citarasa audiens digital masa kini.

Turut membuat penampilan istimewa ialah Nazu, artis Sony Music Malaysia yang terkenal dengan persona uniknya, memegang watak sebagai gadis rebutan dalam naratif video tersebut.

Anda mungkin berminat dengan

SELENDANG MILEA Selendang Bahu Kain Lembut Jenis Sulam

SELENDANG MILEA Selendang Bahu Kain Lembut Jenis Sulam

YAN@YAN Sulam Floral Baju Kurung with Pario Skirt

YAN@YAN Sulam Floral Baju Kurung with Pario Skirt

Kurta A Bulan Bintang 2026 (NEW) Regular Fit 2

Kurta A Bulan Bintang 2026 (NEW) Regular Fit 2

Baju Melayu Teluk Belanga Bulan Bintang 2026 (NEW) Tema Biru

Baju Melayu Teluk Belanga Bulan Bintang 2026 (NEW) Tema Biru

YAN YAN Elora Kurung Muslimah Arab Style Elegan

YAN YAN Elora Kurung Muslimah Arab Style Elegan

TIARA Premium Embroidery Baggy Kurung

TIARA Premium Embroidery Baggy Kurung

Must-Watch Video

Advertisement