Sekilas
- Penyampai ERA dari segmen 3 Pagi ERA dan Petang ERA turun padang untuk menghargai guru pendidikan khas di SMK Pendidikan Khas Setapak dengan menghadiahkan tudung, sarung tangan, dan jamuan makanan.
- Mereka juga menziarahi Adik Ariq di Seremban yang mengalami melecur akibat kemalangan di rumah untuk memberi semangat dan sokongan kepada keluarga beliau.
- Inisiatif ini menunjukkan usaha ERA mendekatkan diri dengan masyarakat serta menyebarkan nilai kasih sayang dan keprihatinan melalui program bersama pendengar dan tenaga pengajar.
Penyampai ERA daripada segmen 3 Pagi ERA (3PE) Nabil, Radin dan Bella As lah dan Petang ERA Haziq, Munabella dan Der telah turun padang untuk bertemu pendengar serta menghargai jasa tenaga pengajar dalam satu program bersama Azah Sahrin.
Dalam program ini, 3 Pagi ERA mengunjungi sebuah sekolah bagi menghargai guru-guru pendidikan khas di SMK Pendidikan Khas Setapak yang banyak berkorban dalam mendidik anak-anak ismewa.
Sebagai tanda terima kasih, penyampai 3PE telah menghadiahkan tudung dan sarung tangan untuk diberikan kepada guru-guru tersebut.
Selain itu, mereka juga turut belanja makanan kepada hampir 50 orang tenaga pengajar sebagai tanda penghargaan atas usaha dan dedikasi mereka.
Dalam masa yang sama, Petang ERA turut menziarahi seorang pendengar cilik, Adik Ariq, di Seremban yang diuji dengan kemalangan di rumah. Ariq dilaporkan terkena sup panas selepas memanjat meja dapur, tanpa mengetahui ia masih panas.
Akibat kejadian itu, Ariq mengalami melecur pada badan, muka, kepala dan tangan, dan terpaksa dirawat di hospital selama hampir 20 hari.
Sepanjang rawatan, beliau juga perlu di durkan sementara bagi memudahkan proses rawatan termasuk tampalan kulit. Kehadiran penyampai ERA bertujuan untuk memberi semangat kepada Ariq dan keluarganya, selain membawa sedikit keceriaan dalam saat yang sukar.
Menurut Azah Sahrin, kunjungan seper ini pen ng kerana ia mendekatkan penyampai dengan masyarakat.
“Kami selalu berborak dengan pendengar di radio, tapi bila dapat jumpa mereka depan mata, rasa lebih dekat dan bermakna. Kami bukan hanya dengar cerita mereka, tapi dapat faham apa yang mereka lalui.” Beliau juga menyatakan penghargaan kepada guru pendidikan khas yang banyak berkorban.
“Guru pendidikan khas memang sangat hebat. Mereka sabar, penyayang dan komited dalam mendidik anak-anak ismewa. Walaupun sumbangan kami kecil, kami harap ia dapat menggembirakan mereka.” Tentang keadaan Adik Ariq, Azah mengakui ia sangat menyentuh ha mereka.
“Sedih bila tahu cerita Ariq. Bayangkan kanak-kanak kecil perlu tanggung kesakitan dan rawatan yang panjang. Kami datang untuk beri sokongan dan tunjuk yang ramai ambil berat tentang dia.” Tambahnya lagi, kehadiran mereka juga untuk memberi semangat kepada keluarga Ariq. “Kami nak Ariq tahu dia dak keseorangan. Kami doakan dia cepat sembuh dan terus kuat.”
Azah berharap lebih ramai masyarakat akan terus membantu mereka yang memerlukan. “Kadang-kadang, perkara kecil boleh beri makna besar. Kita kena saling bantu dan ambil berat antara satu sama lain.” Inisiatif ini menunjukkan usaha ERA untuk terus dekat dengan masyarakat dan menyebarkan nilai kasih sayang serta kepriha nanti. ERA ialah sebahagian daripada 13 rangkaian di bawah Astro Audio.
Sebagai stesen radio berbahasa Melayu, ERA menampilkan lagu-lagu popular, hits terkini dan menjadi pilihan utama pendengar, menjadikannya stesen radio nombor 1 di Malaysia. Dengan hampir 6 juta pengikut di media sosial, ERA terus mengukuhkan kedudukannya sebagai jenama Muzik Hit Terkini.
Selain mendengar melalui frekuensi radio, orang ramai boleh mengiku ERA di pla orm media sosial rasmi atau memuat turun aplikasi ERA melalui App Store, Play Store dan Huawei AppGallery.