Skip to main content

Indonesia

Penyanyi Didakwa Buat Gangguan Seksual Di Kelab Malam, Telinga Wanita Cedera

Penyanyi Didakwa Buat Gangguan Seksual Di Kelab Malam, Telinga Wanita Cedera

Sekilas

  • Penyanyi Betrand Peto dituduh melakukan gangguan seksual terhadap seorang wanita di kelab malam di Jakarta Selatan, Indonesia.
  • Wanita berusia 26 tahun itu mendakwa mengalami gangguan seksual dan kecederaan, manakala Betrand menafikan tuduhan tersebut secara tegas.
  • Betrand bersedia memberi kerjasama penuh kepada pihak berkuasa dan menegaskan berita yang tersebar tidak berasas serta tidak mencerminkan fakta sebenar.
Advertisement

Penyanyi Betrand Peto yang juga merupakan anak angkat Ruben Onsu berdepan tuduhan melakukan gangguan seksual terhadap seorang wanita di sebuah kelab malam di kawasan SCBD, Jakarta Selatan, Indonesia baru-baru ini.

Menurut laporan yang disiarkan media tempatan, wanita berusia 26 tahun yang dikenali sebagai ANW telah membuat laporan polis. Dia mendakwa bukan hanya berdepan gangguan seksual tetapi turut mengalami kecederaan termasuk luka pada bahagian telinga.

Advertisement

Namun, dakwaan tersebut dinafikan Betrand, 21. Penyanyi Inikah Cinta itu secara tegas mendakwa berita yang tersebar terutama di media sosial sebagai tidak berasas dan tidak mencerminkan fakta yang sebenarnya terjadi di lokasi kejadian.

“Saya ingin memberitahu berita yang tersebar di media sosial, saya tidak melakukannya. Saya tidak melakukan sebarang gangguan seksual atau mencederakan wanita seperti yang tersebar.

“Saya bersedia untuk memberi kerjasama penuh kepada pihak berkuasa yang menyiasat kes ini. Saya tidak akan menutup fakta apapun tentang insiden yang berlaku,” kata Betrand seperti dilaporkan Detik.com.

Melalui peguamnya, penyanyi itu juga mendakwa sentiasa menjaga bukan sahaja nama baiknya sebagai selebriti tetapi keluarganya yang juga terkenal. Justeru dia dengan sekerasnya menafikan dakwaan gangguan seksual yang dilemparkan kepadanya.

Terdahulu, ANW dalam pertemuan media mendedahkan telah menerima gangguan seksual oleh Betrand di hadapan tandas dalam kelab malam tersebut pada 12 September lalu.

Menurutnya, dia dan teman telah dipelawa oleh seorang pekerja kelab tersebut untuk duduk bersama di meja Betrand. Mereka bersetuju untuk ‘melepak’ bersama namun tidak pernah menyaksa penyanyi itu akan melakukan gangguan seksual terhadapnya.

“Saya tidak pernah berfikiran negatif selepas Betrand menarik tangan saya untuk duduk di sofa, tapi kemudian di depan pintu tandas dia buat gangguan seksual terhadap saya,” dakwa ANW.

Dakwaan tersebut kemudian disertakan bersama bukti bergambar yang antaranya menyaksikan bahagian leher wanita itu mengalami lebam dan kecederaan pada bahagian telinga kerana berlaku perkelahian.

Anda mungkin berminat dengan

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

Must Watch Video

Advertisement