Penyanyi yang terkenal dengan lagu galau, Feby Putri selamat menikah dengan tunangnya, Adam Febrian di kampung halamannya di Makassar, Sulawesi Selatan.
Feby memegang tanggungjawab menjadi isteri Adam kepada usia 25 tahun. Mereka sebelum ini telah bercinta selama lima tahun sebelum bertunang pada Mac lalu.
Advertisement
Dan hubungan percintaan Feby dengan pemain gitar yang selalu menemaninya membuat persembahan itu dihalalkan dalam pernikahan pada 14 September 2025.
Menerusi foto yang beredar di media sosial, pemilik lagu Kembali Pulang dan Runtuh itu kelihatan sangat cantik dalam busana perkahwinan adat Bugis. Majlis pernikahan dan resepsi mereka diadakan di sebuah hotel dengan penuh meriah.
Pasangan muda itu selamat bergelar suami isteri dengan sekali lafaz. Adam juga memberikan emas sebagai hantaran perkahwinan mereka.