Skip to main content

Hollywood

Penyanyi Lagu Ikonik Disney, Beauty And The Beast Meninggal Dunia

Beauty and the beast

Sekilas

  • Peabo Bryson, penyanyi legenda Hollywood, meninggal dunia pada usia 75 tahun ditemani ahli keluarganya.
  • Beliau terkenal dengan lagu-lagu ikonik Disney seperti A Whole New World dan Beauty and the Beast serta memenangi dua anugerah Grammy.
  • Keluarga menyatakan legasi muzik Bryson akan terus hidup dan beliau sempat membuat persembahan terakhir pada Mei lalu.

Hollywood kehilangan seorang penyanyi legenda, Peabo Bryson apabila dilaporkan meninggal dunia pada usia 75 tahun. Byrson meninggal dunia pada Selasa lalu ditemani ahli keluarganya, lapor kenyataan keluarga seperti disampaikan BBC.

Bagaimanapun keluarga tidak mendedahkan butiran lanjut mengenai kematian Bryson. Namun penyanyi itu diketahui sempat diserang lumpuh pada hujung minggu lalu dan sedang menerima rawatan.

Bryson, seorang penyanyi R&B veteran yang mewarnai persada seni dunia sejak tahun 1970-an sehingga 2010. Mendiang sebelum ini cukup terkenal dengan lagu-lagu ikonik untuk Disney termasuk A Whole New Worlddan Beauty and the Beast serta Feel the Fire, I'm So Into You, Can You Stop the Rain, If Ever You're In My Arms Again danReaching for the Sky.

“Selama lebih lima dekad Peabo Bryson meminjamkan bakat dan suaranya untuk pelbagai lagu runut bunyi, muziknya telah meninggalkan kesan dan momen tersendiri kepada ramai orang,” ujar keluarganya lagi.

Penyanyi tersebut pernah memenangi anugerah Grammy sebanyak dua kali iaitu pada tahun 1992 dan 1993 menerusi hit Beauty and the Beast duet bersama Celine Dion serta A Whole New World bersama Regina Belle menerusi Aladdin.

“Meski hati kami remuk, kami tetap bersyukur dan bahagia kerana sedar Bryson pernah menyentuh hati ramai orang dengan bakatnya. Legasi muzik yang ditinggalkan akan hidup untuk generasi seterusnya,” ujar kenyataan keluarga penyanyi itu lagi.

Bryson sebelum ini sempat dilihat membuat persembahan di konsert Jeffrey Osborne pada Mei lalu.

Anda mungkin berminat dengan

YAN@YAN Sut Wanita Gaya Korea

YAN@YAN Sut Wanita Gaya Korea

ZANZEA Women Korean Casual Stripes Drop Shoulder 3/4 Sleeve Blouse

ZANZEA Women Korean Casual Stripes Drop Shoulder 3/4 Sleeve Blouse

HNL Kerepek Pisang Masin / Banana Salted Chips

HNL Kerepek Pisang Masin / Banana Salted Chips

Tealive Bru & Friends - Milk Tea

Tealive Bru & Friends - Milk Tea

ZANZEA Women Solid Two-Piece Bat Sleeve Vintage Muslim Maxi Dress

ZANZEA Women Solid Two-Piece Bat Sleeve Vintage Muslim Maxi Dress

Must Watch Video

Advertisement