Skip to main content

Hiburan

Penyanyi Popular Lakukan Pembedahan Pinggul Di Turki, Dedah Tak Dibenarkan Duduk 2 Bulan

Penyanyi Popular Lakukan Pembedahan Pinggul Di Turki, Dedah Tak Dibenarkan Duduk 2 Bulan

Sekilas

  • Denada, penyanyi Indonesia berusia 47 tahun, baru sahaja menjalani prosedur pembedahan plastik BBL di Turki untuk memperbaiki bentuk pinggul dan punggungnya.
  • Dia memilih Turki selepas kajian mendalam kerana kepakaran negara itu dalam prosedur membentuk pinggul dan punggung, serta menegaskan pentingnya membuat kajian sebelum menjalani pembedahan plastik.
  • Denada berkongsi pengalaman pemulihan yang mencabar termasuk larangan duduk dan tidur terlentang selama dua bulan, namun dia berpuas hati dengan hasil prosedur tersebut.
Advertisement

Penyanyi Indonesia, Denada mendedahkan baru sahaja menjalani prosedur pembedahan plastik di Turki bagi memperbaiki bentuk pinggul dan bahagian punggungnya.

Menurut Denada, 47, prosedur berkenaan baru dilakukan selama dua minggu dan kini masih dalam proses ‘menjaga pantang’.

Advertisement

"Usianya baru dua minggu. Saya baru pulang dari Turki selepas menjalani prosedur pembedahan plastik yang dikenali sebagai BBL," katanya seperti dilaporkan Kompas.

Berkongsi mengenai keputusannya menjalani prosedur tersebut, Denada menjelaskan sekadar mahu memperbaiki penampilan fizikal dan berasa lebih gembira dengan bentuk tubuhnya.

Ibu kepada dua cahaya mata itu turut menafikan keputusan berkenaan dibuat kerana tidak yakin dengan penampilan diri.

Advertisement

Sebaliknya, dia merasakan perubahan bentuk badan selepas mengalami penurunan berat badan yang ketara sejak beberapa tahun kebelakangan ini menyebabkan bentuk tubuhnya kelihatan kurang seimbang.

Malah, faktor peningkatan usia juga membuatkan beberapa bahagian tubuh mengalami perubahan dari segi bentuk dan tahap keanjalan kulit.

Mengulas lanjut, Denada berkata keputusan memilih Turki sebagai lokasi pembedahan dibuat selepas melakukan kajian mendalam memandangkan BBL merupakan prosedur yang mempunyai risiko komplikasi serius.

Menurutnya, setiap negara mempunyai kepakaran tersendiri dalam bidang pembedahan kosmetik.

Sebagai contoh, Korea Selatan terkenal dengan prosedur facelift dan pembedahan kelopak mata, manakala Turki serta Dubai antara destinasi yang menjadi pilihannya untuk mendapatkan kepakaran dalam prosedur membentuk pinggul dan punggung.

Selepas mendapatkan pandangan serta mempertimbangkan beberapa pilihan, Denada akhirnya memilih untuk mendapatkan khidmat doktor dikenali sebagai Dr Furkan di Turki.

Dia juga mengakui sudah meneliti hasil kerja doktor berkenaan, termasuk melihat sendiri perubahan fizikal beberapa rakannya yang pernah menjalani prosedur sama.

"Ini juga menjadi pesanan buat semua yang mahu menjalani apa-apa prosedur pembedahan plastik. Pastikan anda membuat kajian sebanyak mungkin.

"Lebih baik lagi sekiranya berpeluang melihat sendiri hasil kerja doktor berkenaan," katanya.

Dalam pada itu, Denada tidak berselindung mengenai beberapa prosedur kosmetik yang pernah dilakukannya sebelum ini.

Antaranya termasuk ponytail facelift bagi memberikan kesan wajah lebih tegang, rhinoplasty atau pembedahan membentuk hidung serta breast augmentation untuk pembesaran payudara.

Penyanyi lagu Mana Dong itu juga tidak menolak kemungkinan menjalani prosedur pembedahan plastik lain pada masa hadapan sekiranya mempunyai kesempatan, namun memilih untuk tidak mendedahkan perancangannya buat masa ini.

Bercerita mengenai prosedur BBL terbaharunya, Denada mendedahkan dia menggunakan implan berukuran 350cc selain menjalani pemindahan lemak tubuh atau body fat transfer.

Lemak berkenaan dipindahkan ke bahagian kanan, kiri dan belakang punggung, manakala implan diletakkan di bahagian belakang.

Bagaimanapun, Denada mengakui proses pemulihan selepas menjalani BBL merupakan pengalaman paling mencabar berbanding prosedur pembedahan plastik lain yang pernah dilaluinya.

Menurutnya, cabaran utama bukanlah kesakitan, sebaliknya rasa tidak selesa kerana perlu mematuhi pelbagai pantang larang sepanjang tempoh pemulihan.

Malah, dia perlu mengelakkan posisi tidur terlentang dan tidak dibenarkan duduk selama dua bulan selain diwajibkan memakai korset sepanjang tempoh berkenaan.

"Sehingga sekarang, selama dua bulan saya tidak boleh tidur terlentang dan tidak boleh duduk. Saya juga perlu memakai korset sepanjang masa," katanya.

Walaupun terpaksa melalui tempoh pemulihan yang agak sukar, Denada menegaskan dia tidak menyesali keputusan tersebut kerana berpuas hati dengan hasil yang diperoleh.

"Kalau ditanya sama ada saya menyesal, tidak. Saya gembira dengan hasilnya," katanya.

Anda mungkin berminat dengan

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

Must Watch Video

Advertisement