Skip to main content

Hollywood

Penyanyi Trauma, Asingkan Diri Lepas Langgar M*ti Warga Emas

Conner Smith

Sekilas

  • Penyanyi country Conner Smith mengalami trauma berat selepas terlibat dalam kemalangan yang mengakibatkan kematian seorang warga emas berusia 77 tahun.
  • Smith mengasingkan diri selama enam bulan dan tidak membuat persembahan sebagai tanda hormat kepada keluarga mangsa serta untuk memulihkan diri.
  • Selepas tempoh pemulihan, Smith kembali aktif dalam karier nyanyiannya dan berkongsi pengalamannya yang mendekatkannya dengan Tuhan.

Penyanyi country, Conner Smith mengaku mengalami trauma yang berat selepas terlibat dalam sebuah kemalangan yang mengakibatkan kematian seorang warga emas.

Smith berkongsi perasaan duka dan kesalnya buat pertama kali selepas lebih enam bulan insiden berlaku.

Menurut penyanyi Creek Will Rise itu, dia tidak mempunyi kata-kata untuk dikongsi selepas insiden tersebut berlaku, lapor People.

“Saya rasa seperti dilanda badai yang menghempas diri. Saya kehilangan konsep dan realiti diri kecuali bertahan hidup kerana masih diberi sokongan oleh orang-orang yang menyayangi saya,” katanya.

Smith berkongsi mengenai kehidupannya selama setengah tahun selepas mengasingkan diri daripada khalayak sewaktu muncul kembali menyanyi baru-baru ini.

Sebelumnya, penyanyi berusia 25 tahun itu terlibat dalam sebuah kemalangan yang membabitkan seorang wanita warga emas 77 tahun.

Smith didapati secara tidak sengaja telah melanggar warga emas, Dorothy Dobbins sewaktu dia melintas jalan di Nashville pada Jun lalu sehingga maut.

Sejak itu dia mengalami trauma dan memutuskan untuk tidak membuat persembahan demi menghormati keluarga mangsa.

“Saya mengalami trauma sehingga tidak melihat telefon selama sebulan. Saya tinggalkan ia dalam laci sementara pulang ke rumah ibu dan bapa dengan isteri.

“Di sana, saya asingkan diri dan tidak keluar. Dan sepanjang itu saya berasa lebih dekat dengan Tuhan,” katanya lagi.

Selepas berasa keadaan dirinya lebih baik, Smith kembali meneruskan kehidupan seperti biasa termasuk aktif dalam karier.

Must-Watch Video

Advertisement