Peraduan Kira dan Menang Polis Evo Wonda-ful 10 Years, yang berlangsung dari 18 hingga 28 September lalu, telah mendapat sambutan luar biasa daripada para peminat filem tempatan dan penggemar setia Kopi WONDA!
Apa yang perlu dilakukan oleh peserta? Mudah sahaja, mereka hanya perlu menonton filem Polis Evo 1 atau Polis Evo 2 di pawagam TGV terpilih.
Advertisement
Kemudian kira berapa kali logo WONDA muncul dalam filem, dan hantar jawapan melalui kod QR yang telah disediakan. Serius, itu saja!
Lebih menarik, hadiah yang ditawarkan bukan biasa-biasa ya.
Para peserta berpeluang memenangi wang tunai berjumlah RM6,000 serta bomber jaket edisi terhad Polis Evo Wonda-ful 10 Years.
Hadiah Peraduan Kira & Menang:
#6 Pemenang Utama akan membawa pulang RM1,000 setiap seorang + 1 bomber jacket eksklusif
#Pemenang Istimewa akan menerima 1 bomber jacket edisi khas
Jaket eksklusif ini adalah kolaborasi istimewa Polis Evo x Wonda sempena ulang tahun ke-10 WONDA di Malaysia
Lebih mantap lagi, ada peserta yang sanggup menonton filem Polis Evo hingga 5 kali hanya untuk memastikan kiraan mereka tepat! Memang luar biasa semangat para peminat!
Peraduan ini bukan sekadar hiburan, tetapi juga satu bentuk penghargaan kepada peminat tegar yang sentiasa menyokong filem tempatan dan jenama kopi kegemaran ramai.
Dengan sokongan daripada Kopi WONDA, kempen ini berjaya menggabungkan elemen hiburan dan ganjaran dengan cara yang menyeronokkan dan penuh gaya.
Polis Evo Wonda-ful 10 Years dibawakan oleh Kopi WONDA.
Terima kasih kerana terus menyokong kami selama sedekad penuh kenangan!