Skip to main content

Hiburan

Perangi 'Scalper', GoLive Asia Akan Batal Tiket Akaun Mencurigakan

Astrogempak BTS

Sekilas

  • GoLive Asia akan ambil tindakan tegas terhadap pembelian tiket yang disyaki melibatkan penipuan atau melanggar syarat.
  • Tiket yang dikaitkan dengan akaun mencurigakan boleh dibatalkan tanpa notis terlebih dahulu.
  • Langkah ini bertujuan memastikan peluang adil kepada peminat sebenar dan kurangkan aktiviti ulat tiket.
Advertisement

Platform penjualan tiket, GoLive Asia mengumumkan bakal mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pembelian tiket yang dikesan mempunyai kaitan dengan aktiviti mencurigakan, penipuan atau melanggar syarat yang ditetapkan.

Menerusi satu kenyataan media, pihak GoLive Asia menegaskan sebarang tiket yang dikaitkan dengan akaun yang ditandakan kerana terlibat dalam aktiviti mencurigakan, penipuan atau aktiviti yang dilarang berisiko untuk dibatalkan serta-merta tanpa sebarang notis awal.

Advertisement

“Bagi melindungi integriti proses jualan tiket, mana-mana tiket yang dikaitkan dengan akaun yang ditandakan kerana aktiviti mencurigakan, penipuan atau pelanggaran syarat boleh dibatalkan dan dianggap tidak sah tanpa notis terlebih dahulu,” menurut kenyataan itu.

Langkah tersebut dilihat sebagai usaha untuk memastikan peluang yang lebih adil diberikan kepada peminat sebenar yang ingin mendapatkan tiket acara secara sah, selain mengurangkan aktiviti pembelian secara tidak bertanggungjawab yang sering dikaitkan dengan ulat tiket atau scalper.

Dalam masa sama, pihak penganjur turut menghargai kerjasama dan sokongan orang ramai dalam mewujudkan persekitaran pembelian tiket yang lebih telus dan saksama.

“Kami menghargai pemahaman dan kerjasama anda dalam menyokong persekitaran jualan tiket yang adil untuk semua,” katanya.

Anda mungkin berminat dengan

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

Must Watch Video

Advertisement