Skip to main content

Hiburan

“Percayalah, Saya Masih Anak Perempuan Papa Yang Cekal & Berhati Mulia…” - Fazura

Fazura

Sekilas

  • Pelakon dan penyanyi Nur Fazura berkongsi coretan mengenang arwah bapanya, Sharifuddin, yang meninggal dunia 26 tahun lalu.
  • Fazura menyatakan dia masih membawa sifat baik dan ketabahan arwah bapanya dalam dirinya serta sentiasa merindui dan menyayangi beliau setiap hari.
  • Dia turut memuat naik foto yang dirakam oleh arwah bapanya dan menerima ucapan takziah serta doa daripada wargamaya.
Advertisement

Pelakon dan penyanyi Nur Fazura berkongsi coretan buat Allahyarham bapanya iaitu Sharifuddin yang meninggal dunia 26 tahun lalu. 

 

Advertisement

Menerusi perkongsian di laman sosial, Fazura berkata dia masih seorang wanita yang mempunyai jiwa besar dengan kebaikan dan ketabahan arwah bapanya yang selamanya ada dalam dirinya. 

 

Malah penyanyi lagu Kisah Terbaik itu juga memberitahu dia sentiasa merindui dan menyayangi arwah bapanya setiap hari ini. 

 

“Al-Fatihah... 🤲🏻 Sudah 26 tahun Papa tiada... percayalah, saya masih anak perempuan Papa yang cekal dan berhati mulia, membawa bersama sifat baik serta ketabahan Papa yang kekal hidup dalam diri saya. 

 

“Rindu dan sayang Papa setiap hari... sehingga kita bertemu lagi... ❤️❤️ #14September #SayaSayangPapa #SayaRinduPapa,” kongsi Fazura.

 

Ibu kepada seorang anak perempuan iaitu Nur Fatima Aisha itu turut memuat naik foto yang dirakam oleh arwah bapanya. 

 

Rata-rata wargamaya turut mengucapkan takziah selain mendoakan untuk arwah bapa Fazura. 

 

Sumber - Threads

Anda mungkin berminat dengan

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Must Watch Video

Advertisement