Skip to main content

Hiburan

Perdana Menteri Puji Kualiti Teater Muzikal Mansur & Liu - "Kita Telah Buktikan Bahawa..."

Perdana Menteri Puji Kualiti Teater Muzikal Mansur & Liu - "Kita Telah Buktikan Bahawa..."

Sekilas

  • Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memuji teater muzikal Mansur & Liu arahan Datuk M. Nasir sebagai antara pementasan terbaik di Malaysia dan setanding dengan teater antarabangsa.
  • Anwar menyeru sokongan berterusan daripada kerajaan dan pihak swasta untuk memajukan seni teater tempatan selepas menyaksikan pementasan di Istana Budaya.
  • Teater Mansur & Liu mengisahkan Sultan Mansur Shah dan Puteri Liu, menampilkan 30 lagu asli dan barisan pelakon termasuk Aliff Aziz dan Melinda Dadew, dipentaskan selama 11 hari di Panggung Sari.
Advertisement

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan pementasan teater muzikal Mansur & Liu arahan maestro muzik, Datuk M. Nasir sebagai antara pementasan terbaik yang pernah disaksikannya di negara ini.

 

Advertisement

Malah, Anwar turut berpandangan bahawa karya berkenaan mampu berdiri setanding dengan beberapa pementasan teater di luar negara.

 

“Bila saya sebut pertumbuhan, pembangunan ekonomi, kita bicara tentang pemerkasaan budaya. Malam ini kita telah buktikan bahawa ada pementasan tempatan yang telah meningkat ke satu taraf yang boleh dibanggakan.

 

“Saya rasa ini antara pementasan terbaik yang saya lihat dalam negara dan agak boleh setanding dengan beberapa (teater) tempat lain di dunia.

 

“Apa yang perlu ialah tentunya dokongan kerajaan dan juga pihak swasta supaya ada kemudahan tambahan,” katanya ketika ditemui selepas menyaksikan pementasan Mansur & Liu di Istana Budaya pada Sabtu.

 

Anwar pada masa sama menzahirkan ucapan tahniah kepada M. Nasir serta seluruh pasukan produksi yang menjayakan pementasan berkenaan.

 

“Jadi, tahniah kepada sahabat saya M. Nasir dan semua yang menjayakan, luar biasa.

 

“Saya bersyukur dapat bersama-sama menyaksikan sendiri keupayaan pementasan seni tempatan,” ujarnya.

 

Turut hadir menyaksikan pementasan tersebut ialah Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil serta pasangan penerbit dan pengarah, Datuk Yusuf Haslam dan Datin Patimah Ismail.

 

Sekadar info, Teater muzikal Mansur & Liu berlangsung di Panggung Sari, (IB) selama 11 hari mulai 10 September lalu dan akan berakhir malam esok.

 

Teater sulung arahan M Nasir itu mengangkat kisah Sultan Melaka keenam, iaitu Sultan Mansur Shah dan Puteri Liu daripada Dinasti Ming yang diambil daripada Sulalatus Salatin atau Sejarah Melayu.

 

Malah, Mansur & Liu bakal menjadi antara pementasan berskala besar terawal dipersembahkan di IB selepas panggung seni utama negara itu selesai menjalani kerja pembaikan dan naik taraf.

 

Mansur & Liu mempertaruhkan gandingan Aliff Aziz sebagai Sultan Mansur Shah dengan bakat baharu, Melinda Dadew yang diberi tanggungjawab menghidupkan watak Puteri Liu.

 

Selain Aliff dan Melinda, pementasan itu turut dibarisi Amerul Affendi, Sherry Alhadad, Hazama, Taqim Zaki, Brian Chan, Fadhli Masoot, Anas Ridzuan, Arena Wan, Ruzana Ibrahim, Fiza Thomas, Taufiq Izmir, Marzuki Noh dan Shahrul Mizad.

 

Diterbitkan Roman Abadi dengan kerjasama Icon Entertainment, teater muzikal itu akan mempersembahkan 30 lagu serta skor muzik asli ciptaan M Nasir.

 

Karya berkenaan bukan sekadar mengisahkan pertemuan antara Sultan Mansur Shah dan Puteri Liu, bahkan menyingkap satu zaman yang menyaksikan diplomasi mengatasi sengketa, kebijaksanaan mengatasi kekuatan dan kasih merapatkan dua empayar yang dipisahkan lautan.

 

Anda mungkin berminat dengan

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

Must Watch Video

Advertisement