Sekilas
- Pereka fesyen Arma berkongsi pengalaman gementar pertama kali bertemu dan menghasilkan busana untuk penyanyi legenda Liza Aziz semasa Gegar Vaganza.
- Arma memuji sikap profesional Liza yang sangat menghargai kerja pereka dan pasukan, serta tidak pernah culas hadir sesi fitting walaupun sibuk.
- Liza juga dikenali sebagai artis yang tidak meminta sponsor dan sentiasa berterima kasih kepada semua staf di belakang tabir.
Pereka fesyen, Arma berkongsi pengalaman bekerja dengan penyanyi legenda, Liza Aziz sepanjang menghasilkan busana buatnya semasa menyertai program Gegar Vaganza beberapa tahun lalu.
Menurut Arma, walaupun sudah berpengalaman menghasilkan pakaian untuk ramai selebriti terkenal, dia tetap berasa gementar ketika pertama kali bertemu Liza Hanim di butik.
“Artis yang setiap kali kita jumpa, kita akan nervous. Saya pernah buat ramai baju artis yang famous, tapi first time Kak Liza datang butik, berpeluh-peluh.
“Sampai Kak Liza tegur, ‘Arma nervous ke? Relax la dik’,” kongsinya.
Arma turut memuji sikap profesional Liza yang disifatkan sangat menghargai hasil kerja pereka fesyen dan pasukan di belakang tabir.
Malah menurut Arma, penyanyi itu juga tidak pernah culas menghadiri sesi fitting walaupun mempunyai jadual yang padat.
“Artis yang tak pernah minta sponsor. Semua baju GV berbayar dan hak milik beliau. Artis yang tak pernah tak datang fitting walaupun busy.
“Dan setiap kali datang, tak lupa cakap terima kasih sampai ke belakang. Tak kisah kau staf, cutter Pakistan atau intern,” ujarnya.
Arma berkongsi perkara tersebut bagi membalas satu hantaran netizen yang merindui mahu melihat persembahan Liza Aziz di Gegar Vaganza.