Skip to main content

Hiburan

Pereka Fesyen Dedah Sikap Sebenar Wanie Kayrie - “Dah Banyak Kali Saya Buat Baju…”

Pereka Fesyen Dedah Sikap Sebenar Wanie Kayrie - “Dah Banyak Kali Saya Buat Baju…”

Sekilas

  • Pereka fesyen Azzim Aziz memuji sikap penyanyi muda Wanie Kayrie yang berbakat, baik, dan menghargai usaha pereka serta tukang jahit.
  • Azzim berkongsi pengalaman menghasilkan busana untuk Wanie, termasuk untuk pentas Citrawarna, dan menegaskan Wanie mudah bekerjasama serta berbudi bahasa.
  • Azzim mengajak peminat untuk terus menyokong Wanie Kayrie dalam Anugerah Juara Lagu ke-40 (AJL40).
Advertisement

Pereka fesyen, Azzim Aziz memuji sikap penyanyi Wanie Kayrie yang disifatkan sebagai seorang artis muda berbakat, baik serta tidak pernah berkira setiap kali mendapatkan khidmatnya.

Menurut Azzim, perkara positif mengenai seseorang wajar dikongsikan kepada umum agar boleh dijadikan contoh kepada orang lain.

Advertisement

“Kadang-kadang perkara yang positif kena juga kongsi untuk dijadikan ikutan.

“Wani Kayrie artis muda yang berbakat dan perlu anda semua sokong,” katanya menerusi perkongsian dalam Threads.

Azzim berkata, dia sudah beberapa kali menghasilkan busana buat Wani dan sepanjang bekerjasama, penyanyi itu sentiasa menghargai usaha pereka serta tukang jahit.

Advertisement

“Dah banyak kali Azzim buat baju Wani, tapi Wani baik sangat dan tak berkira.

“Dia kenal erti penat lelah seorang pereka dan tukang jahit seperti kami sejak kali pertama buat baju untuk dia,” ujarnya.

Tambahnya, Wani juga seorang yang mudah bekerjasama selain menjaga adab ketika berurusan dengan orang sekeliling.

“Tak sombong, tak cerewet dan berbudi bahasa dengan orang sekeliling,” katanya.

ckdjd

Dalam hantaran sama, Azzim turut memuat naik tangkap layar perbualannya bersama Wani yang memaparkan penyanyi itu menghantar resit transaksi pembayaran bagi busana yang dihasilkan untuk sebuah acara.

Katanya, antara busana terbaharu yang dihasilkan buat Wani adalah untuk penampilannya di pentas Citrawarna.

“Baju pertunjukan terbaharu, Azzim buatkan baju Wani untuk pentas Citrawarna,” katanya.

Azzim turut mengajak peminat memberikan sokongan kepada Wani untuk Anugerah Juara Lagu ke-40 (AJL40).

Sumber: Threads

Anda mungkin berminat dengan

Lovito Casual Striped Lace Up Pattern Backless Spring/Summer Light Pink Tank Top for Women L136AD305

Lovito Casual Striped Lace Up Pattern Backless Spring/Summer Light Pink Tank Top for Women L136AD305

GILDAN x CROSSRUNNER Best Microfiber Quick Dry T-Shirt Unisex Plain Round Neck Tshirt Jersey Sport Tee - CRR3600 Group A

GILDAN x CROSSRUNNER Best Microfiber Quick Dry T-Shirt Unisex Plain Round Neck Tshirt Jersey Sport Tee - CRR3600 Group A

[New set collection] hot trend t-shirt models Mixed with umi welded flared pants with hacked shape

[New set collection] hot trend t-shirt models Mixed with umi welded flared pants with hacked shape

ELGINI E16413 Baju Training Fitness Wanita S-XXL | Women's Fitness Training Shirt

ELGINI E16413 Baju Training Fitness Wanita S-XXL | Women's Fitness Training Shirt

adidas Running Duramo SL 2 Running Shoes Men White IH8215

adidas Running Duramo SL 2 Running Shoes Men White IH8215

BENTOP Batik Modern Slim Fit Series 1 Baju Kemeja design lengan pendek Modern Floral Batik Short Sleeve

BENTOP Batik Modern Slim Fit Series 1 Baju Kemeja design lengan pendek Modern Floral Batik Short Sleeve

Must Watch Video

Advertisement