Skip to main content

Viral

"Pergi Audition Pun Dah Satu Achievement" - Tiz Zaqyah Bangga Cabar Diri Sertai Uji Bakat PGL

Astro Gempak tiz pgl

Sekilas

  • Pelakon Tiz Zaqyah berkongsi pengalaman berani menghadiri sesi uji bakat Puteri Gunung Ledang The Musical yang memerlukan kemahiran menyanyi, berlakon dan menari serentak.
  • Perkongsian Tiz mendapat sokongan ramai termasuk netizen dan rakan artis yang memuji keberaniannya mencabar diri dalam dunia teater walaupun berdepan rasa gemuruh.
  • Tiz menerima keputusan uji bakat dengan positif dan menganggap pengalaman itu sendiri sudah satu pencapaian peribadi yang bermakna.
Advertisement

Pelakon Tiz Zaqyah menerima pujian ramai selepas berkongsi pengalamannya menghadiri sesi uji bakat Puteri Gunung Ledang The Musical baru-baru ini.

Menerusi perkongsian di Threads, Tiz mengakui keputusan untuk hadir ke sesi uji bakat tersebut merupakan antara perkara paling berani pernah dilakukannya tahun ini.

Advertisement

“CONGRATULATIONS to all deserving casts of PGL 2026. CAN’T WAIT!

“Finally the dream project is coming to life after so much anticipation… and of course, the most courageous thing i did this year was to get out and AUDITION for PGL, and i did!!” tulisnya.

Menurut Tiz, proses uji bakat itu bukan sesuatu yang mudah kerana dia perlu menyanyi, berlakon dan menari dalam satu masa selain mengakui sangat menghormati penggiat teater yang mampu menguasai pentas dengan baik.

“The most difficult audition ever! To sing act and DANCE!

“Much respect to all theater players, owning the stage,” katanya lagi.

Perkongsian tersebut kemudian menerima pelbagai sokongan daripada netizen dan rakan artis yang memuji keberaniannya mencabar diri memasuki dunia teater walaupun mengakui mempunyai rasa gemuruh untuk berada di atas pentas.

Malah ada netizen yang mengakui mereka sebenarnya berharap dapat melihat Tiz terlibat dalam pementasan tersebut kerana merasakan aktres itu mempunyai aura sesuai untuk dunia teater klasik seperti PGL.

“I did root for you! One of my preferences! Rasa memang sesuai sangat untuk PGL,” tulis seorang pengguna media sosial.

Bagaimanapun, Tiz dilihat cukup positif menerima keputusan tersebut dan menganggap pengalaman menghadiri uji bakat itu sendiri sudah menjadi satu pencapaian peribadi.

“Going for audition is an achievement itself kan! InsyaAllah,” balasnya.

Dalam masa sama, penyanyi Aisha Retno turut meninggalkan komen manis buat Tiz dengan menulis, “Hey kween we love u and ur humble heart,” yang kemudian dibalas aktres tersebut dengan penuh mesra.

Anda mungkin berminat dengan

TIMAGE 3-Color Blush Palette

TIMAGE 3-Color Blush Palette

adidas Football Manchester United 25/26 Pre Match Jersey Men Black KA6419

adidas Football Manchester United 25/26 Pre Match Jersey Men Black KA6419

Laneige Lip Sleeping Mask

Laneige Lip Sleeping Mask

PUMA Portugal '25 Home Men's Soccer Jersey

PUMA Portugal '25 Home Men's Soccer Jersey

【NEW Launch】Glad2Glow FLAWLESS BLURRING SKIN TINT Tinted Moisturizer 12h Long-Lasting

【NEW Launch】Glad2Glow FLAWLESS BLURRING SKIN TINT Tinted Moisturizer 12h Long-Lasting

Nike Fly Unstructured Denim Adjustable Cap - College Navy [IB2345-419]

Nike Fly Unstructured Denim Adjustable Cap - College Navy [IB2345-419]

Must Watch Video

Advertisement