Ringkasan AI
- Pelakon Anzalna Nasir berkongsi tips untuk pasangan suami isteri menjalani kehidupan rumah tangga yang bahagia.
- Beliau menegaskan kebahagiaan bukan hanya bergantung pada wang ringgit, tetapi usaha memperbaiki diri juga penting.
- Anzalna menekankan pentingnya menghormati dan melayan pasangan dengan kasih sayang serta perhatian.
- Komunikasi terbuka antara pasangan adalah kunci untuk memastikan keharmonian rumah tangga.
- Beliau mendoakan agar semua pasangan dikurniakan hubungan yang berpanjangan dan memuaskan.
Pelakon Anzalna Nasir berkongsi tips untuk pasangan suami dan isteri menjalani kehidupan rumah tangga yang bahagia.
Anzalna memberitahu kebahagiaan bukan sahaja terletak pada wang ringgit sebaliknya pasangan yang sentiasa mahu berusaha untuk memperbaiki diri menjadi lebih baik menjadikan rumah tangga bahagia.
“Perkahwinan yang bahagia bukan hanya tentang wang ringgit, sudah tentu duit itu penting.
“Tapi kebahagiaan sebenar juga datang dari pasangan yang berusaha memperbaiki tabiat buruk, menghormati antara satu sama lain dan yang paling penting melayan satu sama lain dengan kasih sayang dan perhatian,” kongsinya.
Anzalna berkongsi perkara itu menerusi platfrom Threads.
Pada perkongsian yang sama, Anzalna turut berkata komunikasi secara terbuka juga amat penting untuk memastikan rumah tangga dalam keadaan harmoni.
“Komunikasi terbuka dan berkongsi segala-galanya dengan pasangan anda juga penting.
“Saya berdoa agar kita semua dikurniakan hubungan yang berpanjangan dan memuaskan dengan pasangan kita. Amin,” katanya lagi.