Skip to main content
Advertisement

Hiburan

“Perkara Ini Mungkin Kecil, Namun Bagi Saya Ia…” - Wani Kayrie

wani kayrie

Sekilas

  • Wani Kayrie akan menggunakan mikrofon pertama yang dibelinya sendiri pada tahun 2019 untuk persembahan di pentas AJL 40 Sabtu ini.
  • Mikrofon tersebut telah diubah suai dan mempunyai nilai sentimental yang besar bagi Wani sebagai simbol usaha kerasnya dalam industri muzik.
  • Wani juga mengucapkan terima kasih kepada semua yang sentiasa menyokong dan mempercayai bakatnya sepanjang perjalanan kariernya.
Advertisement

Bakal beraksi di pentas Anugerah Juara Lagu yang ke-40 pada Sabtu ini, penyanyi Wani Kayrie berkongsi perubahan mikrofon pertamanya yang sudah diubah suai. 

 

Advertisement

Menerusi hantaran di Threads, Wani berkata mikrofon berkenaan mempunyai nilai sentimental yang cukup besar buat dirinya kerana dibeli hasil usaha dan titik peluh sendiri ketika memulakan perjalanan dalam industri muzik.

 

“Mikrofon pertama yang saya beli pada tahun 2019, kini dengan wajah dan semangat yang baru hasil usaha keras dan titik peluh sendiri, akan saya gunakan sebagai penampilan pertama saya di pentas AJL 40 Sabtu ini.

 

“Perkara ini mungkin kecil, namun bagi saya ia adalah sesuatu yang sangat besar dan bermakna,” kongsinya. 

 

Dalam pada itu, Wani turut menzahirkan penghargaan kepada semua insan yang tidak pernah berhenti mempercayai bakatnya dan terus memberikan sokongan sepanjang perjalanan kariernya.

 

“Terima kasih semua insan yang masih percaya dan berdiri teguh dengan bakat saya, bersama saya hingga ke saat ini. ✨Cak Cak Cekuk, Bismillah,” ujarnya lagi.

 

Untuk info, Wani bakal mempertaruhkan lagu Cak Cak Cekuk yang merupakan hasil ciptaan bersama Karim Karam, Shane Kennedy, dan Iqie Hugh. 


Sumber - Threads

Anda mungkin berminat dengan

Kikilala Baby Boy Suit Sets World Cup BSB584

Kikilala Baby Boy Suit Sets World Cup BSB584

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

adidas Men Happi Tokyo Short Sleeve Tee Shirt Baju Lelaki (JM7378) Sport Planet

adidas Men Happi Tokyo Short Sleeve Tee Shirt Baju Lelaki (JM7378) Sport Planet

adidas Football Manchester United 25/26 Third Jersey Men Black KD4225

adidas Football Manchester United 25/26 Third Jersey Men Black KD4225

adidas Football Manchester United 24/25 Third Jersey Men White IY7806

adidas Football Manchester United 24/25 Third Jersey Men White IY7806

POP MART DIMOO Moments in Bloom Series Figures

POP MART DIMOO Moments in Bloom Series Figures

Must Watch Video

Advertisement