Sekilas
- Dr. Afifah Hidayah atau Dr. Fie jelaskan bahawa kenyataannya di Threads hanyalah gurauan dan tidak perlu dianggap serius oleh netizen.
- Dr. Fie turut menegaskan bahawa tidak semua yang ditulis adalah marah atau sedih, malah ada juga yang bersifat gembira dan lawak.
- Dr. Fie sebelum ini meluahkan kekecewaan terhadap bekas suaminya, Nubhan, yang didakwa mengeluarkan barang peribadi tanpa notis selepas mereka sah bercerai pada 2 Disember lalu.
Bekas isteri kepada penyanyi Nubhan, iaitu Dr. Afifah Hidayah Ahmad Tawfek, tampil memberi penjelasan berkenaan dengan salah faham netizen mengenai kenyataannya di media sosial.
Menerusi aplikasi Threads, Dr. Afifah atau lebih dikenali dengan panggilan Dr. Fie berkata tidak perlu menganggap semua yang ditulis itu adalah serius.
“Tak ada apa yang serius pun saya tulis malam semalam. Inikan Threads, tempat saja-saja nak tulis.
“Saya terfikir sahaja, tak ada nak claim pun. Gurau-gurau, chill okay? Sorry korang,” tulisnya.
Dalam pada itu menerusi satu hantaran lagi, Dr. Fie menjelaskan tidak semua kenyataan yang ditulis itu bersifat amarah sebaliknya ada juga berkenaan dengan perkara perkara yang menggembirakan.
“Tak semua saya tulis dekat Threads ni saya nak marah atau sedih. Ada juga yang gembira dan lawak-lawak. Aduh, bahaya juga Threads ni ya,” coretnya.

Terdahulu, Dr. Fie meluahkan kekecewaan terhadap Nubhan yang didakwa telah mengeluarkan barang peribadi daripada rumahnya tanpa sebarang notis.
Dakwa Dr. Fie lagi, ini bukanlah kali pertama bekas suaminya itu bertindak sedemikian terhadapnya.
Pada 2 Disember lalu, Mahkamah Rendah Syariah Sepang mengesahkan Nubhan sah bercerai dengan Dr. Fie selepas meneliti lafaz talak yang dibuat di luar mahkamah.
Hakim Umamuddin Yunus menetapkan bahawa lafaz talak kali kedua yang dilafazkan Nubhan pada 26 Ogos lalu adalah sah mengikut hukum syarak dan undang-undang keluarga Islam.
Untuk rekod, Nubhan dan Dr. Fie yang juga seorang doktor gigi mendirikan rumah tangga pada 29 Ogos 2015.
Hasil perkahwinan mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Aafiya, 8, Ahmad Aaffan, 6, serta Afzan Nayille yang berusia tiga tahun.