Skip to main content

Hiburan

Perlu Ke Qada’ Kalau Tersalah Waktu Solat Di Luar Negara? Ini Penjelasan Dr Izhar

Perlu Ke Qada’ Kalau Tersalah Waktu Solat Di Luar Negara? Ini Penjelasan Dr Izhar

Sekilas

  • Prof Datuk Dr Mohd Izhar Ariff dari UKM jelaskan hukum solat jika tersalah waktu ketika di luar negara bergantung pada waktu solat sebenar di lokasi tersebut.
  • Solat yang dilakukan selepas masuk waktu adalah sah, sebelum masuk waktu tidak sah dan wajib qada', manakala selepas waktu tamat tidak berdosa tapi wajib qada'.
  • Jika tersalah waktu solat lebih tiga hari, perlu semak semula semua waktu solat yang telah dilakukan untuk memastikan kesahihan ibadah.
Advertisement

Dekan Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Datuk Dr Mohd Izhar Ariff Mohd Kashim menjelaskan hukum jika seseorang itu tersalah waktu solat ketika berada di luar negara.

Menerusi perkongsian di Instagram, Izhar memaklumkan bahawa jika seseorang berada di negara tetapi menunaikan solat mengikut waktu Malaysia, hukum solat tersebut bergantung kepada keadaan waktu ketika solat dilaksanakan.

Advertisement

Izhar turut berkongsi tiga situasi berbeza supaya dapat membantu menjelaskan perkara itu dengan lebih lanjut.

  1. Jika solat dilakukan setelah waktu solat masuk di negara tersebut: SOLAT SAH.
  2. Jika solat dilakukan sebelum masuk waktunya: Semua solat fardu TIDAK SAH + WAJIB QADA' + TIDAK BERDOSA.
  3. Jika solat dilakukan selepas waktunya tamat kerana tersalah kira: TIDAK BERDOSA+WAJIB QADA' semua solat yang tersalah waktu itu.

“Nabi bersabda:
 

مَنْ نَسِيَ صَلَاةً أَوْ نَامَ عَنْهَا فَكَفَّارَتُهَا أَنْ يُصَلِّيَهَا إِذَا ذَكَرَهَا
 

"Sesiapa yang terlupa suatu solat atau tertidur daripadanya, maka kaffarahnya ialah dia menunaikannya apabila dia mengingatinya." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim.),” kongsinya

Menerusi perkongsian yang sama, Izhar turut memaklumkan bahawa sekiranya kesilapan itu berlaku selama tiga hari, seseorang itu perlu menyemak semula semua waktu solat yang telah dilaksanakan.

Terdahulu, pelakon, Janna Nick menyorot perhatian apabila bertanyakan sama ada dia perlu mengganti solatnya kerana telah menunaikan ibadah itu pada waktu yang salah ketika berada di luar negara.

Perjelas Janna, dia terlupa untuk menukar lokasi keberadaannya di sebuah aplikasi panduan solat dan telah menyebabkan dirinya tidak menerima notifikasi waktu solat.

Sumber: Instagram

Anda mungkin berminat dengan

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

Must Watch Video

Advertisement